Petua Elak Semut Pada Gula

loading...
Petua Elak Semut Pada Gula - Kita mesti selalu menghadapi masalah semut yang suka menghurung bekas gula atau di kawasan dapur memasak. Hinggakan kita tepaksa buang semua gula yang telah bercampur dengan semut. Agak membazir, kan? Tetapi nak buat macam mana...dah semut dalam gula telah bercampur. Tentu sudah tidak boleh digunakan lagi.


Bunga cengkih boleh halau semut

Petua Elak Semut Pada Gula

Anda tidak perlu lagi risau sekiranya terdapat semut yang menghurung balang gula anda. 

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan bunga cengkih. Ambil segenggam bunga cengkih dan taburkan ke dalam balang gula. Biarkan seketika. Gunakan juga cara ini untuk mengelakkan semut di tempat-tempat seperti almari, kabinet dan sebagainya. Pasti berhasil.

Insyaa Allah selepas ini semut tidak menghurung bekas gula anda lagi.

Selamat mencuba..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.