Enter your keyword

31 October, 2011

Cara Melembutkan Keropok Lekor

Keropok lekor antara snek kegemaran ramai, terutamanya bagi orang-orang Kelantan dan Terengganu ia merupakan snek harian mereka. Semua orang pun tahu keropok lekor banyak diusahakan di negeri pantai timur tersebut. Keropok lekor dibuat daripada ikan. Rasanya lemak, masin dan sedap dijadikan lauk sampingan ketika makan dengan nasi putih. Hihi...

Namun begitu ramai yang merungut kerana keropok lekor cepat liat apabila sejuk. Nak tahu cara melembutkan keropok lekor? Jom baca...


Cara Melembutkan Keropok Lekor

Cara Melembutkan Keropok Lekor


Mungkin anda penggemar keropok lekor, namun yang menjadi masalahnya, keropok yang telah digoreng tidak rangup dan liat dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, rendamkan keropok lekor yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam satu bekas air panas. Rendam selama beberapa minit dan toskan sebelum digoreng. Anda akan dapati keropok lekor tersebut lembut untuk dikunyah walaupun sudah sejuk.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.