5 Senjata Rahsia : Mengubah Hari Buruk Di Tempat Kerja Menjadi Ceria

aynora nur | 14 November, 2011,4:48 PM |
Advertisement
Tentu kita tidak menyangka hari hari yang kita lalui di tempat kerja akan penuh dengan benda yang tidak dijangka seperti dimarahi bos, kawan2 yang suka membuli, ketua yang kedekut dengan senyuman ataupun kita sendiri tiada mood! Huh! Bila tengok semula senarai di atas, pasti kita pun tak mahu pergi kerja, betul tak?

Okeylah, mari kita semak 5 senjata rahsia mengubah hari yang buruk di tempat kerja:

1. Akui kesilapan kita

Ya! Akui yang kita silap ataupun tersilap. Tidak rugi jika kita mengakui yang kita telah buat kerana ia boleh segera menamatkan spekulasi. Jika kita masih berdiam diri, maka tuduh menuduh akan terjadi, maka akan lebih ramai orang yang terheret sama di dalam masalah yang kita cipta. Lebih sedikit orang yang terlibat, semakin mudah masalah dapat diselesaikan.

2. Harap hari kita sentiasa direstui

Berdoa adalah salah satu cara terapi diri yang paling mujarab. Sambil berdoa kita boleh mengharapkan yang hari2 yang kita lalui sehari2 di rahmati Allah selalu. Jangan lupa juga meminta restu dari kedua orang tua. Kalau yang sudah berkahwin, mintalah restu daripada suami (bagi wanita).      

Firman Allah s.w.t,

Maksudnya:

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Pengajaran Ayat:

Manusia dituntut supaya berdoa dengan bersungguh-sungguh. Mukmin berjaya sentiasa berusaha untuk memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Allah sahaja yang menentukan kejayaan sesuatu yang diusahakan. Orang mukmin dilarang memohon pertolongan selain daripada Allah.


3. Berhenti bergosip

Jangan jadi minah kepoh atau mulut murai yang suka menjaja gosip merata tempat terutamanya di tempat kerja, tempat di mana kita cari makan dan rezeki halal. Ambil langkah bijak dengan menghindar daripada rakan2 sekerja yang suka bergosip. Lagipun bergosip atau borak2 kosong tak mendatangkan faedah pun, tambah dosa mengata lagi ada!    

4. Bergaya untuk berjaya

Pakailah pakaian yang cantik2 apabila keluar bekerja. Pasang niat dengan betul bahawa kita berpakaian cantik bukan mahu memikat bos tetapi mahu mencapai kejayaan. Dengan fikiran positif yang kita sematkan di hati dan minda kita itu, Insya’Allah kita akan berjaya dengan apa yang kita usahakan pada hari itu. Begitulah seterusnya sehingga ia menjadi tabiat kita walau di mana kita bekerja.    

5. Tempat kerja hanya sebagai tempat permainan orang dewasa!

Ini lagi best! Senjata rahsia yang terakhir. Anggaplah tempat kita bekerja sebagai tempat permainan orang2 dewasa di mana di situ kita mengecapi rasa rileks dan santai. Sambil bekerja kita bayangkan yang kita sedang bermain gelungsur, main buaian dan menghirup udara segar. Dengan cara ini firasat buruk yang kita lalui di tempat kerja dapat dilalui dengan tenang.

##Kata Aynora Nur: Senjata apa yang lebih tajam, mata pedang atau tulisan yang bermakna?
Tag : Tips Kerjaya
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "5 Senjata Rahsia : Mengubah Hari Buruk Di Tempat Kerja Menjadi Ceria"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top