Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bolehkah Menulis Menjadikan Kita Kaya?


Saya tak pasti dengan tajuk yang saya nyatakan di atas. Sebab saya pun tak kaya-kaya lagi walaupun saya rajin menulis, hehe...itulah sebabnya menulis ni besar ruang lingkupnya. 'Menulis' bermakna kita menjual idea kreatif dan kebolehan minda kita secara komersial kepada orang yang berminat untuk ambil tahu.

Banyak bentuk tulisan yang boleh dijual, samada seperti menulis buku, rencana, iklan, buat skrip dan banyak lagi. Macam mana nak jadi kaya dengan menulis? Mengikut buku bertajuk 'Buat Duit Dengan Menulis' tulisan Jeniri Amir, PhD, ada ciri2 tulisan yang berkualiti yang menyebabkan seseorang itu berjaya, antaranya:

1. Mencari Idea
2. Mereka pendahuluan yang menarik sebagai umpan
3. Bijak merangkaikan idea
4. Sentiasa fokus dan membuat gambaran yang jelas
5. Khusus dengan tulisan kita samada berbentuk fiksyen dsb
6. Perenggan yang tersusun
7. Keseluruhan jalan cerita yang diolah secara berkesan

Bagi kita yang suka menulis benda2 yang ringan dan cerita harian pasal kehidupan, mungkin ada baiknya kita memanfaatkan blog yang sekarang ini amat famous digunakan sebagai diari oleh kebanyakan orang. Mana tahu dengan cara ini kita boleh menarik ramai orang untuk mengikuti cerita kita. Atau kalau anda bijak mencipta ayat yang lebih panjang dan kreatif, anda juga boleh menulis novel atau cerpen, contohnya seperti ini.

Saya juga suka menulis dan itu sebabnya saya kongsikan dengan anda semua apa yang telah saya baca dari buku yang saya sebutkan. Kalau mahu jadi penulis, kita kena betul2 ada ilmu dan kemudian kita kongsikan. Betul tak?

##Aynora nur : Membaca jambatan ilmu, dunia kita pun terang benderang dengan membaca! 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close