Drama Tentang Dhia ~ Menanti Bahagia Di Sebalik Duka

aynora nur | 15 November, 2011,4:44 PM |
Advertisement
tentang dhia

**Poster drama Tentang Dhia - TV3 Slot Akasia

Sinopsis Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama

Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.

Sumber: Berita Harian

##Aynora Nur: Saya memang tengok drama ni, selain pemandangan latar belakang cerita yang menarik, kekuatan watak yang dilakonkan oleh Adi Putra & Nora Danish juga amat membantu.
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Drama Tentang Dhia ~ Menanti Bahagia Di Sebalik Duka"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top