Drama Tentang Dhia : Tertinggal Episod 6 & bola sepak SEA games Malaysia vs Indonesia

aynora nur | 18 November, 2011,11:40 AM |
Advertisement
Assalamualaikum,

 

Semalam (17/11/2011) saya tak sempat menonton Drama Tentang Dhia siaran TV3. Saya tak tahu kenapa saya suka sangat dengan cerita drama melayu ini. Apa penangannya? Jalan Ceritanya? Atau temanya yang buat saya terpaku kat depan TV. Sebenarnya, kalau dah suka, kita tak perlu bagi sebab pun untuk sukakan sesuatu.

Macam kita suka makan ais krim, kenapa kita makan juga walaupun hujan kat luar tu lebat giler, air cond pun pasang sejuk tetapi tetap selamba makan ais krim...betul tak? Eh! Apa melalut pulak pasal aiskrim.

Saya juga terlepas tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia yang berkesudahan kita menang 1 - 0. Boleh! Malaysia boleh! Apa pun saya tak boleh tengok semalam...


Sebabnya, the reason is...


Semalaman (10am - 10pm) saya bertapa kat KSL City Mall buat pameran rumah. MAPEX. Bagi sesiapa yang nak beli rumah, yang pertama ke, yang kedua ke dan seterusnya asalkan mampu dan berkemampuan, boleh lah datang tengok2 kat situ. Banyak pemaju yang terlibat, ada lebih kurang 30 buah pemaju.   


##Aynora Nur: Hajat memang besar nak miliki rumah ke tiga, tapi poket dah tepu, takut nanti kena makan pasir pulak!! 
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Drama Tentang Dhia : Tertinggal Episod 6 & bola sepak SEA games Malaysia vs Indonesia"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top