Kerjaya : Kekosongan di FELDA Holdings di Seluruh Malaysia

loading...
Felda Holdings Bhd (Felda Holdings) merupakan salah satu perusahaan berasaskan agro paling pelbagai dan terbesar di Malaysia yang menjalankan perniagaan komersial berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan kawasan perladangan seluas 880,000 hektar yang berkaitan dengannya.Kami mempunyai hampir 19,000 tenaga kerja berdedikasi, dilengkapi dengan 46,795 tenaga buruh di kira-kira 300 ladang, 70 kilang minyak kelapa sawit, tujuh kilang penapis, empat kilang penghancur isirung sawit, 13 kilang getah, kilang-kilang pembuatan serta beberapa kilang pemasangan logistik dan pukal di seluruh Malaysia dan beberapa lokasi di luar negara.

Dalam usaha Kami untuk menjadi sebuah organisasi global antarabangsa, Kami menawarkan platform yang luas dan peluang kerjaya kepada individu-individu berbakat dan dinamik yang bertujuan untuk menjana potensi mereka dalam persekitaran yang mencabar dan merangsang. Komitmen kami adalah untuk memberi pendedahan modal insan dan memberikan kakitangan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk kerjaya yang memuaskan. Kami mencari individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dengan semangat untuk menyahut cabaran. Jika anda salah seorang daripada mereka, datang sertai organisasi kami yang kukuh dan memandang kehadapan.


1. SALES EXECUTIVE
2. FOOD & BEVERAGES EXECUTIVE
3. EXECUTIVE CHEF
4. AGRONOMIST

Muat Turun Deskripsi Kerja & Permohonan Secara Online di sini.

Tarikh Tutup Permohonan : 18 November 2011

2 comments:

  1. kekosongan kat HR takde ke??? huhuhu

    ReplyDelete
  2. tak de la dear, cuba pegi website dia, mungkin lain kali kut...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.