Header Ads

MyDay Friday #4: Kenangan Kekal Dalam Ingatan


Advertisement
 

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama...

Kenangan memang sukar dilupakan. Biarpun ianya sesuatu yang pahit @ buruk ataupun yang indah2 belaka. Lagi2 kalau kenangan yang lucu dan mencuit hati. Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu saya memang agak nakal bersama dengan seorang abang dan kakak. Jarak umur kami yang agak rapat menyebabkan kami sekepala dan selalu melakukan kenakalan bersama.

Orang dulu2 kalau buat rumah pakai pasang siap. Dinding, lantai dan bumbung rumah boleh kita tanggalkan sesuka hati. Jadi, saya yang memang nakal bersama2 dgn abang dan kakak akan selalu main pondok2. Kita orang akan buat macam rumah betul (tanggalkan papan dari rumah asal) dan bina rumah lain di atas tanah. Selalunya kita orang buat kerja 'renovation' ni bila mak ayah kita orang pergi kerja. 

Dan, selalu memang kena jerit sebab bila dia orang balik rumah asal dah lopong tinggal rangka. Terima ajelah kalau kena marah, memang salah kami. Sekarang kampung halaman hanya tinggal nama.

##Aynora Nur : Kenangan...indahnya waktu itu!   
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.