Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nanti Kau Tahu Ertinya Rindu, Bagai Tertusuk Duri Sembilu!

 

Aku nak kongsi-kongsikan, bekata yang indah-indah dalam hari yang indah ini. Hujan rintik-rintik yang turun membasahi bumi sepagi hening menjemput rindu datang bertandang. Rindu pada yang ada, rindu pada yang tiada, lagi menusuk ke ulu hati. Tetapi, dalam cuba mengait bait ayat yang indah, hadir juga setitis dua air mata menyembah bumi. Aku bukan nak bercerita kisah sedih rindu dendam pada sidia. Aku bukan mahu mengundang kisah silam buat yang sudah terputus kasih. Cerita rindu ini masih ada ruangnya, buat kita yang sedang berbahagia. 

Aku bahagia! Ada kau kisahkan aku? Aku derita, ada kau ambil tahu? Rindu aku bukan boleh dikira dengan angka, rasa rinduku bukan boleh diukur dengan pita, dan bila rindu bertamu, aku menjadi tidak keruan. Kerana terlalu rindu ini, aku kerap hadiahkan sidia dengan doa tulus, moga dia berbahagia di sana bersama umat2Nya yang terpilih.

Dialah teman ketawa saat aku sedang berduka, dialah teman menangis saat aku terima berita gembira. Indah dan akrabnya hubungan kami, bak maut sahaja yang bisa memisahkan! Memang! Kerana sidia telah tiada, maka lakaran rasa rindu ini semakin parah menusuk ke dalam hati bak di hiris belati! Benar...

...nanti kau tahu ertinya rindu,
bagai tertusuk duri sembilu...
      


 

Ruang rindu ini bertambah sarat apabila takbir Haji berkumandang di sana sini. Perginya sidia tika mengerjakan rukun Islam kelima, tanpa dapat dipegang tanda peninggalannya. Perginya sidia bak hembusan kapas putih yang diterbangkan angin tak dapat dicapai oleh jariku. Satu masa nanti jika ada izinNya, kan ku jejaki tanda yang kau tinggalkan. Satu masa nanti...aku tak terdaya untuk menambah bait ini,

.....aku lemas dalam kerinduan padamu AYAH!
Inilah tarikh pemisah kita, 2/12/2010....
   



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close