Resepi Mi Siput Goreng

Salam mesra,

Nampak tak pic kat atas tu? Saya ambil kat Google sebab teringatkan memori zmn sekolah dolu2...makan dengan sambal tumis ataupun sambal kicap. Mi siput goreng ni memang popular kat Johor terutamanya kawasan Muar. Masa balik sekolah mesti berlari ke luar pagar bersungguh2 sbb nak kejorkan mi siput ni. Takut abis.

Sekarang ni dah jarang dpt makan mi siput ni, sebab susah nak cari merata-rata. Kalau tak iya2, susah nak nampak. Kena tanya sana sini barulah jumpa. Nasib baik masa pregnant anak kedua dulu dpt makan, kalau tidak meleleh air liur si bujangku itu...hehe...

Okey, mari sama2 kita tengok resepi nak buat mi siput goreng ni. Tahu makan at least tahu baca resepinya..huhu...buat tak buat lain cerita. Betul tak?


Resepi Mi Siput Goreng
Resepi Mi Siput Goreng : Gambar ehsan Mat Gebu



Resepi Mi Siput Goreng


Bahan-bahan ( 5~6 orang )
  • Mee kuning 1 kg
  • Cili kering 20~30 tangkai
  • 4 ulas bawang putih
  • 100 ml cuka
  • 7~8 sudu gula
  • Garam
  • Sedikit air (2~3) sudu
  • Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara-cara

  1. Mula-mula kena jemur mee sampai kering
  2. Setelah kering, bolehlah digoreng hingga kembang garing
  3. kemudian sediakan bahan sira pula
  4. Kisar cili kering bersama bawang putih
  5. Panaskan minyak untuk menumis sambal sira
  6. Tumis cili yang telah dikisar bersama bawang putih tadi hingga garing
  7. dah garing, masukkan gula, garam ,gaul sekejap dan masukkan cuka
  8. Gaul hingga pekat, masukkan sedikit air sekiranya gule terlalu pekat


Dah agak-agak siap sambal tu, tutup api dan masukkanlah mee yang dah digoreng tadi . Gaul rata biar semua kena ngan sambal sira tu.. 

Selamat Mencuba!!!

Aha! Nak try? Meh kita try ramai2...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.