Header Ads

Tak Ubah Bebunga Lalang, Rendahnya pandanganmu...


Advertisement
Tak Ubah Bebunga Lalang, Rendahnya pandanganmu...

Kau kan tahu aku paling menyampah dengan kau! Kau tak pernah tetap dengan sikap dan pendirian. Aku selalu hairan mana perginya kedewasaan itu? Sudah kah kau lupa? Atau kau sengaja buat buat lupa. Aku tahu kau hidup menongkat langit, aku tahu kau ada semuanya! Aku saja yang tak punya apa. Tetapi, kalau hidup ibarat bebunga lalang, kau tiada pendirian. Berani kau kata ya? Bila bila masa dan ketika? Atau kau berkata tidak?! Pada setiap waktu yang betul? Tolonglah...buang kebudakan itu yang masih menyelubungi diri. Aku pun tak percaya. Kau sudah melangkah ke usia senja. Mana lagi kau nak susuri denai hidup, kau sendiri tiada hala tujuan.

Aku tak suruh kau tinggalkan aku, tinggalkan kami. Tapi aku juga tak halang kalau kau mahu melangkah. pergilah kalau itu boleh buat kau tak stress lagi. Jangan datang kembali dan meminta yang kau telah tinggalkan. Aku harap kau ada sedikit rasa malu, aku harap kau jadi pohon jati yang rimbun dan tegap. Berilah manfaat kepada hidup orang-orang yang kau sayangi. Biarpun aku tahu, aku dan kami tidak pernah wujud dalam hatimu. Tetapi demi orang lain, orang-orang itu yang lebih perlukan kau!

....yang amat memerlukanmu bukannya aku!
    

Bila kau paksa, aku tak mahu mengaku yang kita pernah jumpa suatu waktu dahulu. Untuk apa? Bertekak seperti selalu. Jangan anggap aku ini milikmu. Itu tak pernah terjadi. Sudah dari dulu lagi aku dan mereka yang kau kenali tidak sebulu. Kau suka menyibuk yang bukan hal mu.

Jangan kata 'you were mine...its is nonsence!'

"...tak ubah bebunga lalang,
rendahnya pandanganmu,
pada ku yang amat memerlukan..."

Ungkapan itu hanya sesuai untuk aku 10 tahun dahulu. Kali ini aku tujukan bait2 cantik di atas untuk kau. Kami sudah muak. Bukan aku yang seperti itu, kalau kau, aku percaya, kerana kau sememangnya ibarat bebunga lalang!



Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.