Korean Time! # Drama Brain

aynora nur | 19 December, 2011,8:56 AM |
Advertisement
Salam,

Drama Korea yang saya nak cerita kali ini adalah 'Brain'. Ia juga drama terkini yang sedang ditayangkan di saluran 391 Astro. Waktu siaran antara pukul 9.55 mlm hingga 11.05 mlm. Drama Brain agak menarik juga kerana ia memaparkan kehidupan dunia kedoktoran, gaya, pergaulan, tekanan, kejayaan dan kegagalan yang di alami oleh para doktor.


Brain (Korean Drama)-p2.jpg


Drama ini dibintangi oleh pelakon ternama korea juga antaranya,



Shin Ha-Kyun-p2.jpg 
** Shin Ha-Kyun sebagai Lee Kang-Hoon

Choi Jung-Won-p2.jpg 
**Choi Jung-Woon sebagai Yoon Ji-Hye

Donghyeokjo.jpg 
**Jo Dong-Hyeok sebagai Seo Joon-Suk
Catatan:

"Brain" mengambil alih slot Poseidon di KBS2 setiap Isnin & Selasa 9.55 malam dan jangkaannya akan digantikan pula oleh drama "Dream High Season 2" bermula 30 January, 2012.

Ada gosip mengatakan Lee Sang-Yun, Yoon Seung-Ah, Lee Hyeon-Jin, & Kim Soo-Hyun telah dikeluarkan dari drama bersiri Brain ini. Keempat2 artis tersebut telah menghadiri sesi pembacaan skrip tetapi dipercayai mereka tidak layak untuk watak yang digambarkan, selain daripada faktor usia dan juga perbezaan personaliti.

Sinopsis:

Drama bersiri perubatan "Brain" mengisahkan tiga doktor di Hospital Universiti Chunha yang berprestij.

Lee Kang-Hoon (Shin Ha-Kyun) adalah sangat baik tetapi sombong merupakan pakar bedah otak di Chunha Hospital Universiti. Beliau datang dari latar belakang keluarga yang miskin dan masih dihantui memori pedih kematian bapanya yang disebabkan oleh penolakan doktor (kerana mereka tiada wang). Kang-Hoon mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya dan membuktikan bahawa dia adalah yang terbaik. Lawannya Joon-Suk (Jo Dong-Hyeok) yang berasal dari sebuah keluarga yang kesemuanya berlatarbelakangkan doktor. Manakala Kim Sang-Chul (Jung Jin-Young) yang dikenali sebagai pakar bedah otak yang terbaik di Chunha Hospital Universiti. Beliau juga mengambil berat terhadap pesakit2nya dan amat tidak menyukai Kang-Hoon.

Satu hari, seorang lelaki muda rebah di kolam renang dan dihantar ke hospital. Pesakit tidak sedarkan diri semasa ketibaannya. Kang-Hoon memberikan perintah sebagai persediaan untuk pembedahan, tetapi Joon-Suk mencadangkan agar mereka memanggil Kim Sang-Chul untuk melakukan pembedahan. Kang-Hoon menentang kerana tidak ada masa yang cukup dan melakukan pembedahan sendiri, manakala doktor lain mematuhi operasi yang dijalankan.

Semasa pembedahan, ada saat yang berbahaya apabila aneurysm (gondok) nadi pesakit pecah. Pada masa ini, Joon-Suk memanggil Kim Sang-Chul. Kim Sang-Chul bergegas ke bilik operasi. Sementara itu, Kang-Hoon menguruskan operasi dengan baik dan pembedahan dilakukan dengan berjaya, tetapi dia meninggalkan klip terakhir bagi timbalan pengarah hospital. Kang-Hoon mahu menikmati saat2 sebagai timbalan pengarah. Disebabkan sikap yang sombong dan takbur, dia tidak dialu-alukan oleh sesiapa pun di hospital tersebut.

Apakah Kang Hoon berjaya mendapat kepercayaan daripada para pekerja di hospital tersebut. Bagaimana persaingan merebut jawatan antara ketiga-tiga doktor tersebut? Mari sama2 menonton drama bersiri ini setiap Isnin dan Selasa mulai 9.55 malam di saluran Astro 391.

Jangan lupa tonton ya,

Smile!
aynora nur


Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Korean Time! # Drama Brain"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top