Enter your keyword

22 December, 2011

Korean Time! My Lovely Samsoon ~ 2005

Salam Korea!
Salam semua,

Saya teringat nak cerita pasal drama korea yg dah lama jugak ni saya tengok iaitu My Lovely Sam-Soon. Sebab apa saya teringat drama ini? Kerana pelakonnya adalah Hyun Bin, orang yg sama yang berlakon dalam drama Secret Garden yang very the hot itu...




















My Lovely Sam-Soon adalah drama paling popular TV pada sekitar tahun 2005 dan drama yang bersifat 'easy to see'. Pelakon Kim Seon-A (sebagai Kim Sam-soon) sememangnya sangat menyakinkan dan disukai sepertimana tajuk drama ini, digambarkan sebagai seorang : tidak glamor, wanita muda yang agak kasar, dan agak cincai tetapi masih terasa dengan cakap2 orang tentang usianya.

Drama ini mengisahkan tentang Kim Sam-soon (berusia 30-an) lepasan universiti yang pergi ke Paris untuk belajar memasak dan menjadi chef pastri. Bila balik ke Korea, dia dapati boyfriendnya telah berlaku curang. Ketika menangis dia tersalah masuk toilet lelaki. Dia tersedar setelah ketukan di luar toilet itu adalah dari seorang lelaki muda yg kaya juga bernama Hyeon Jin-heon (dilakonkan oleh Hyun Bin). Daripada situlah plot drama 16 epison ini bergerak.
Seterusnya Kim sam-soon diterima bekerja sebagai chef pastri di restoran milik Hyeon. Pelbagai konflik wujud dengan watak2 pembantu seperti Presiden Na Hyun-sook (Na Moon-hee); bekas kekasih Hyeon iaitu Yoo Hee-jin yang kembali dari California (pelakon Jung Ryeo-won); Henry Kim, Korean-American doktor (Daniel Henney) yang mengekori Hee-Jin ke Korea daripada California dan banyak lagi.
My Lovely Sam-Soon sedikit sebanyak mengisahkan cerita yang menarik dan fleksibel dalam kehidupan kita. Ia bukan setakat drama cinta yg splastik tetapi bergabung dengan kisah humor dan selamba. Drama My Lovely Samsoon memang amat sesuai untuk ditonton oleh semua.

Nota:
1) My Lovely Sam-Soon ("Nae ireum-eun Sam-Soon").
2) Antara tajuk lain: "My Name is Samsoon." 16 episod.
3) Ditulis oleh Kim Do-woo.
4) Diterbitkan oleh Kim Yoon-chul.
5) Dibintangi oleh: Kim Seon-A, Hyun Bin, Jung Ryeo-won, Daniel Henney, Na Moon-hee, Kim Ja-ok, Lee Ah-hyun, Suh Ji-hee, Yoon Ye-hee, Lee Kyu-han, Kwon Hae-hyo. 

Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.