Header Ads

MyDay Friday #8: Tahun Baru 2012, Bersediakah Kita Bila Diduga Sekali Lagi?


Advertisement
Salam sayang,

Salam penutup tahun 2011. Selamat datang tahun baru yang ceria 2012. Bersediakah kau dengan langkah pantas mengejar tahun yang baru? Atau adakah tapak kaki terasa berat meninggalkan kenangan demi kenangan pada tahun 2011. Tiada esok tanpa hari ini. Bersedialah dengan lapang dada bahawa mahu tak mahu kau kena terima kerana tahun tidak bergerak ke belakang. Kita pun tidak bergerak ke belakang, bukan?




Justeru, benar belaka kata2 pujangga di atas. Biar kita menjadi tuan kepada diri kita sendiri. Jangan sesekali kita terhanyut dengan nafsu duniawi tanpa sekelip pun matamu menjeling kepada akhirat. Renungkanlah...




Apakah azam kalian untuk tahun baru yang bakal menjelang nanti. Apakah azam kita itu merangkumi segala kasih sayang kita untuk orang di sekeliling kita? Fikirkanlah semula ya...

Walau apa pun, perjuangan untuk hidup selamanya harus diteruskan tanpa henti dan beringatlah untuk beramal umpama kita tak ada masa untuk esok pula.


Smile,
(renungan untuk diri sendiri)
aynora nur

Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.