Resepi Telur Rebus Masak Sambal

aynora nur | 30 January, 2012,2:06 PM |
Advertisement
Salam sayang,

Selamat datang wahai hari Isnin yang ceria. Ada la sikit2 feel blues tapi masih on the ground! Bukan on the air, ok! So, saya nak share juga resepi yang ringkas tapi tak berapa nak sedap. Ya ke? Sebab saya masak dalam keadaan tak ada mood nak masak, tetapi demi hero hero heroku...masak tetap jadi utamaan...haha!!

Resepi: Telur Rebus Masak Sambal




Bahan2nya:

Cili kering - dua genggam
Telur - 4 - 6 biji di rebus
Halia - satu inci
Bawang merah - 2 ulas (sederhana besar)
Bawang Putih - 2 ulas
Sedikit ikan bilis sebagai perasa
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara menyediakan:

Cili kering direndam dengan air panas selama 10 minit. Kemudian semua bahan seperti cili kering, halia, bawang merah , ikan bilis dan bawang putih dikisar halus. Tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya. Masukkan perahan air asam jawa (guna Extra Adabi Asam Jawa lagi senang...). Bila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan telur yang telah direbus tadi. Biarkan 5 minit kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Angkat dan hidangkan.

Sihat tak resepi kat atas? Mestilah, sebab telur kan mengandungi zat dan vitamin untuk kanak2. Ha...apa lagi...kalau korang rasa malas nak memasak, cuba resepi orang malas macam saya. Mesti jadi punya. Yang penting perut pun kenyang...

Bye & Smile,
aynora nur


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top