Teh Termahal Dibaja Dengan Najis Panda

Tudung kanak-kanak
Seorang usahawan di Chengdu, China bernama An Yanshi menyatakan beliau telah menjumpai bahan utama untuk menghasilkan teh termahal di dunia. Cuba teka apa bendanya ramuan special tersebut? Oh! Tak lain dan tak bukan tentunya najis beruang panda. Tapi korang jangan salah sangka...cuba baca selanjutnya.

 
**Najis Panda bagus untuk tanaman teh? 

An Yanshin yang juga bekas guru kaligrafi telah membeli 11 tan najis beruang panda dari sebuah pusat pembiakan untuk dijadikan baja tanaman teh di kawasan pergunungan wilayan Sichuan, barat daya China. Dia cuma nak jadikan baja saja, bukan masuk dalam ramuan teh tersebut...hehe...

Daun teh pertama akan dituai pada musim bunga nanti dan menjadi teh termahal didunia pada harga hampir AS$35,000 sama dengan anggarannya RM110,320 duit kita untuk 500 gram. Namun begitu An Yanshin dicemuh kerana tahap kesihatan hidangan teh tersebut tidak terjamin.

Yang penting selamat berusaha, betul tak? Kita nak minum teh ini ke?

Apapun, smile...
aynora nur



aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.