7 Golongan Yang Di Lindungi Di Bawah Bayangan Rahmat

Tudung kanak-kanak
Salam sayang,

7 golongan yang di lindungi di bawah bayangan rahmat - Apakah kita termasuk dalam golongan yang dibayangi rahmatNya?? Bagaimanakah kita boleh termasuk ke dalam golongan tersebut? Ya! Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berusaha, berdoa, meminta keampunan daripada Allah agar termasuk ke dalam golongan yang dilindungi di bawah rahmatNya.


7 Golongan Yang Di Lindungi Di Bawah Bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:

1) Pemerintah yang adil
2) Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3) Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
4) Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
5) Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
6) Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
7) Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Ya Allah...

Marilah kita menghayati bersama, pada saat ini, salah satu nama di antara nama-nama Allah; iaitu: Al-Fattah yang bermaksud: Tuhan yang Memberi Segala Pembukaan.

Firman Allah dalam surah Faathir ayat 2:

Maksudnya,

"Apa yang Allah bukakan bagi manusia dari rahmat-Nya, Maka tiada siapa yang dapat menahannya, dan apa yang Allah tahan dari dikurniakan, tiada sesiapa yang dapat memberi, dan Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."

jom kita kongsikan...
aynora nur

aynorablogs.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

3 comments:

  1. salam ziarah..terima kasih singggh blog nur..nur follow kamu ya :)

    salam kenal...

    ReplyDelete
  2. nur, salam perkenalan
    selamat membaca kat sini...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, semoga kita semua saling mendoakan satu sama lain.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.