Enter your keyword

23 February, 2012

Kejayaan Tak Pernah Datang Percuma

Salam mesra,
salam blogger 1 Malaysia...

Kejayaan tak datang bergolek. Kita perlu usaha, kita mesti berani merentas cabaran kemudian bila sudah berjaya, mesti rasanya amat manis sekali. Cuba sesekali kau pandang ke belakang, merenung sejenak. Masihkah kau ingat tapak-tapak kesusahan yang pernah dipijak?


Kejayaan Tak Pernah Datang Percuma

Aku pun sama seperti engkau dan mereka. Jarang sekali aku mendapat kejayaan dengan percuma. Ada saja setitis air mata dan keringat yang tumpah. Juga terkadang kekecewaan datang bertukar ganti. Tetapi mesti ingat, inilah buah yang kita sedang tuai hasilnya. 

Pepatah Melayu ada mengatakan, usaha tangga kejayaan. Cuba kau bayangkan, jika kita mendaki tangga, bukan satu atau dua...mungkin beratus anak tangga. Apa yang kita tempuhi sepanjang pendakian itu? Aku yakin dan pasti, disebalik ada penat dan lelah kita sebenarnya menuai sebuah hasil yang tak ternilai bernama pengalaman. 

Ingatlah teman, jangan berhenti berusaha.
aynora nur

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.