Header Ads

Kau Ratu Hatiku...


Dengan Bismillah...

Aku tak pernah menidakkan kalau engkau comel dihati, mesra pada pandangan mata dan sesejuk mata memandang. Engkau penuh dengan senyuman tatkala ceria datang bertandang. Matamu jernih dapatku cium wangian syurgawi. Engkau sering melebarkan dakapan agar aku selesa dalam pelukan. Belum henti nafas selagi itu aku sanjungi budimu, akanku simpan di sudut hati penuh ikhlas engkau ratu hatiku.



Wanita wanita seluruh dunia...tunjukkan kelembutan itu, ikhlas dalam pekerjaan. Biar semua mata memandang dengan jernih senyuman dan hormat atas tindak tandukmu.


Wahai wanita...menjadi ratu di hati semua lelaki,  biar dunia tersenyum penuh keamanan juga menjadi ratu kepada diri sendiri. Sayangi jiwa ragamu kelak tanganmu dapat menggoncang dunia dengan jalan kebenaran. Serlahkan ayumu! 


Rasa diri dihormati,
aynora nur

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.