Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kawan Baik Umpama Bintang

Salam sejahtera,
dan dengan Bismillah...

Semalam semasa sedang tekun bekerja, ada satu MMS masuk. Siapa lagi kalau bukan si Maxis yang gemar bagi MMS Percuma ni. Dengan bintang2 yang comel bertaburan dan berkerdipan, bila tekan 'play' kat punat telefon, keluarlah perkataan,


"Kawan Baik umpama Bintang".

Comel jugak pesanan khidmat masyarakat yang dihantar oleh Maxis kepada seluruh pelanggannya.

Saya teringat satu kisah tentang kawan baik ni. Kawan baik saya memang jauh seperti frasa tadi, kalau nak tengok pakai teropong pun tak nampak. Sebabnya dia sangat jauh dan hanya boleh berkirim pesan melalui e-mel, SMS ataupun surat menyurat. Benar bagai dikata, Kawan Baik Umpama Bintang, sungguhpun jauh tak nampak muka tetapi sinarannya tetap menerangi seluruh kehidupan saya.


Apa saja yang kami tak cerita, semuanya habis dicerita di dalam e-mel. Walaupun segala keluhan tentang kerja, minta nasihat pasal personal life, family matters dan sampai bab tak ada duit pun cerita kat kawan saya ini. Hebatnya bintang kesayangan saya ini, dari jauh saya hanya mampu mendoakan beliau sekeluarga berbahagia bersama suami dan anak2 tercinta.

Perbezaan agama, budaya dan bangsa buka penghalang sebuah persahabatan, betul tak guys??

kau sebutir bintang hati,
aynora nur
   

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close