Kenapa Kita Suka Mengeluh?

Salam sayang blogger sekalian,

Kerja banyak? Stress? Masalah dengan kawan-kawan dan masalah keluarga. Tak cukup duit. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...apa tindakan korang jika ini semua lengkap menyerang hidop korang? Tak banyak sikit mesti korang mengeluh, kan? Berapa kali korang mengeluh dalam sehari? 10 @ 20 kali ataupun lebih?


Kenapa Kita Suka Mengeluh?


Kenapa nak mengeluh dengan rutin harian kehidupan yang begitu. Kesusahan, kesenangan, kebahagiaan, kedukaan, kesempitan, dan banyak lagi adalah putaran hidup diari alam manusia kat muka bumi ini. Bukan kita aje, orang2 kaya di dunia ini pun menghadapi putaran kehidupan seperti kita. Kalau kita rugi RM1 sehari, orang2 kaya pulak rugi RM1 juta sehari. Nampak tak persamaan kita dengan mereka.

Mengeluh tak bagus untuk kesihatan. Banyak mengeluh menyebabkan getaran jantung berdenyut lebih dari biasa. Hati pun rasa sakit. Jadi tubuh badan mudah letih. Then, rasa marah tak boleh ditahan-tahan. Betapa satu keluhan yang kita lepaskan menyebabkan kesan buruk di atas. Erm...boleh ke kita stay cool and then tarik nafas dalam-dalam, jangan mengeluh lagi.


Serikan hidup kita dengan senyuman, bersyukur dengan dugaan yang datang dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik untuk esok dan seterusnya.

aynora nur
Sesuatu yang didatangkan, kadangkala untuk kita lebih bahagia...

1 comment:

  1. betul..sokong sgt..tak elok la kita asyik nk mengeluh jer kan..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.