Kiriman Pahala

Dengan Bismillah,

Satu ketika dahulu sewaktu saya menghadiri rumah rakan yang ada kematian. Yang meninggal adalah suaminya. Yang saya pelik sepanjang waktu sementara menunggu jenazah dikebumikan, saya lihat rakan saya langsung tidak membaca al-Quran ataupun yaasin.  Dia hanya bersedih dan menunggu rakan-rakan dan saudara mara datang mengucap takziah. Saya pun hairan dan tertanya-tanya.
“….dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah swt.”
suramkah jalanan masa depan kita?

Bila rakan balik dari bercuti saya sempat bertanya. Subhanallah! Rupa-rupanya rakan saya tadi tidak pandai membaca Quran dan Yasin kerana huruf jawi pun dia tak kenal. Mungkin bukan silap dia tetapi belum terlambat untuk kita belajar dari sekarang. Saya pun katakan padanya, cubalah bersalawat atas nabi, insya'allah kiriman pahalanya sampai kepada simati. 
Apa jua ibadah atau amalan yang dilakukan di dunia ini yang betul niatnya dan caranya akan dikirimkan pahalanya di negeri akhirat nanti. Setiap hari kita mengirimkan pahala melalui ibadah dan amalan yang dilakukan, seperti kiriman wang yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang di tempat lain melalui perbankan pada masa kini.

Dunia ini hanyalah satu tempat sementara dan di sinilah tempat kita diuji dan keputusannya diketahui di negeri Akhirat. Segala kebaikan yang telah dilakukan di sini (dunia) akan dihantar ke sana (kampung akhirat). Seperti pelaburan amanah saham, setiap yang dilaburkan pada masa dahulu akan diberi pulangan di masa hadapan (bijak dahulu bijak sekarang):

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa Melihat segala yang kita kerjakan. Allah melihat tanpa memerlukan kepada biji mata, cahaya. Allah melihat semua yang dekat, jauh, samada dalam terang atau gelap. Kita pula hanya boleh melihat sesuatu dalam jarak tertentu dan dalam keterangan (cahaya) sahaja. Penglihatan Allah adalah penglihatan yang asli, kita cuma diberikan sedikit penglihatan untuk kegunaan di dunia ini. Allah melihat apa yang zahir dan yang batin atau tersembunyi.
Muzammil [20]….dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah swt.
aynora nur

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.