Header Ads

Anak Kecil Lebih Besar 'Politiknya'...renungkanlah!


Advertisement
Salam sejahtera,
dengan lafaz Bismillah...

Moga dengan mengingati Allah hati dapat dipujuk...entri ini ditulis kerana rasa sebak mengenangkan sikap Hero Kecil yang semakin menduga semenjak kebelakangan ini. Semakin pandai, semakin bijak maka terbukalah pintu gembira dihati kerana doa kita Allah makbulkan. Tetapi kita tak boleh berhenti setakat itu, apabila doa2 yang baik telah TUHAN makbulkan, sebenarnya didatangkan ujian untuk kita pula. Jadi setingkat lagi doa kita untuk si Hero Kecil dan Hero Besar juga. Dengan kuasaMu ya Tuhan, doa dipohon agar hero2 ku ini menjadi anak dan insan yang warak!


Semoga dengan bertambah ilmu didada, dah pandai main 'politik' dengan ibunda tercinta, hero2 ku ini dikurniakan dengan sifat2 yang terpuji yang Engkau redhai, dan dijauhi daripada sifat2 kejahatan yang Engkau benci, Ya Allah...

Lepaskanlah yang terbuku didada, rasa resah ini sedikit reda tetapi masih ada perjalanan panjang yang harus ditempuhi, entahkan 1001 malam akan habis hikayat ini, diri sendiri pun tak pasti. Semoga dalam perjalanan singkat di bumi dan kembara panjang di alam sana, akan ada sisa cerita gembira buat kami semua.

good luck &  be good, Insya'Allah...
aynora nur
    

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.