Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sebuah Inspirasi Kecantikan Yang Cantik!

Dengan lafaz Bismillah,

Minggu ini jadual kerja saya amatlah sibuk dan menyibukkan! Jadual kerja di rumah, jadual kerja di pejabat dan juga jadual kerja kepada minat menulis saya begitu membebankan. Bayangkan sebaik habis kerja di pejabat, saya selalu diserang migrain. Kerana apa? Kerana saya asyik tension dengan kerja yang datang tak tentu masanya, bila dah banyak kerja saya akan rasa stress dan nak cepat2 habiskan. Kerana larian mengejar masa dan dateline yang saya ciptakan sendiri inilah...saya diserang sakit kepala. Dulu sewaktu menyiapkan MBA saya, sebaik habis presentation ataupun exam, saya pun selalu diserang migrain. Hmm...kerap sangat macam ini, tandanya umur merangkak lagi...



Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengelak rasa tension dan stress dalam apa jua bidang yang kita buat. Salah satunya adalah kena rasa gembira dengan apa yang kita kerjakan. Segala pekerjaan yang bertimbun itu lambat atau cepat kena habiskan juga, jadi fikirkan positif. Cepat siap, orang lain gembira dan kita pun rasa lapang sedikit. Betul tak?

Anggaplah kerja yang kita lakukan itu sebagai satu ibadah. Jika kerja yang kita lakukan bakal memudahkan urusan orang lain, insya'allah kita mendapat doa. dalam sedar ataupun tidak saja...harapan dengan doa dari bibir2 dan hati yang ikhlas, kerja kita pun mendapat berkat.

Usaha dan kerja2 yang diberkati samada di rumah, dipejabat, ataupun di kebun, akan mendatangkan hasil yang berlipat ganda dalam pelbagai bentuk dan rupa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Itu sebabnya kerja, kerja dan kerja yang halal insya'allah, percaturannya amatlah cantik dan kelihatan indah di mata dan hati.

Harap dengan luahan di atas, saya merasa sedikit cantik dan boleh tersenyum dengan berkat kerja yang didoakan oleh orang lain untuk saya, Amin...

secalit utusan cantik dari hati,
aynora nur    

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close