Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bunga Dan Cinta

Selamat Hari Raya...(masih valid kan?)
dengan Bismillah...

Bunga adalah wanita, dan wanita adalah bunga? Betul tak? Takkan wanita hendak dipanggil kumbang, kan...tak patut betul, tak mau macam itu, wanita mestilah dihargai, ok. Cinta adalah suci, sepi, indah, berwarna warni, ada terang dan gelap, ada manis dan pahitnya...macam-macam rasa ada.

"Sebab itu bunga boleh menjadi wakil seribu satu kata yang tidak dapat diungkap! Biarlah bunga bicara..." 

Bila bunga dan cinta di satu padukan, nak jadi apa? Tak maulah...saya cuma nak kongsikan tentang kaitan sesebuah/sekuntum/sepokok(???) bunga dengan cinta. Contohnya, bunga mawar (ros), apakah kaitannya dengan makna cinta? Jom kita masuk hutan flora dan fauna dan menjejaki makna disebalik sesuatu bunga...

Bunga mawar (englishnya..rose...)


Mawar adalah salah satu simbol paling universal untuk mengungkap cinta sejati. Sepanjang sejarah dan acara kebudayaan, mawar juga digunakan sebagai simbol politik dan keagamaan.


1) Mawar merah:   Cinta dan sejati

Dua kuntum ros merah berserta daun, apa maksudnya??

2) Mawar Putih : Suci, Simpati, Kerohanian. Mawar putih juga berkait dengan kehormatan dan penghormatan, bagi orang yang dicintai dan telah meninggal dunia.


  

3) Mawar kuning : Persahabatan & kebahagiaan

  

Orkid: Soo classic..

Seterusnya kita tengok pula bunga orkid. Orkid juga terkenal sebagai tanda cinta daripada seorang kepada seseorang yang lain. Pemberian bunga tidak semestinya daripada kaum yang lawan jenis tetapi ia adalah universal. Sesiapapun boleh mendapat dan memberi bunga, tetapi jadi yang pemberi adalah lebih baik, faham tak maksud saya?? Carilah sendiri maksudnya...

White Orchid wallpaper

Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Itu sebabnya kita boleh teka siapa yang biasa dapat bunga2 orkid ni, hah! cuba hang teka! Mestilah ibu-ibu atau emak kita yang mendapat bunga orkid satu pasu dari ayah kita. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman.

Tulip

Ia membawa makna rasa cinta dan tuah. Bunga tulip putih sempurna membawa maksud permohonan maaf yang luhur. Semoga penerimanya memperoleh tuah dan juga melupakan sengketa lama. Juga, dengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland. Ingat tulip, tngatlah Netherland, tak caya? Cuba korang google sendiri...


Mungkinkah tulip ini keseorangan???


 

Penat juga keluar masuk hutan cari bebunga cinta ni, cukuplah tiga saja yang saya 'goreng'. Nanti terlebih takut hangit, bukannya hangat lagi dah...Nak bunga2 lain, cari sendiri ya adik2 semua...

Aku sekuntum bunga raya,
(tanda merdekanya kita!!)
aynora nur

Read More ....


Post a Comment

7 Comments

  1. wow..i luv flowers..exp roses n lavender

    ReplyDelete
  2. @cik yuyu tq baca entry, wanita dan bunga adalah ibarat isi dengan kuku, hihi

    ReplyDelete
  3. cantiknya bunya tu...
    pernah hari tu minta si dia belikan bunya hahahah tak tahu malu kan.. :P

    jmput baca entri baru

    http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/09/blog-warkah-buat-isteri-buat-miss-z.html

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close