Luahan : Lepaskan Dia Pergi

loading...
As-salam,

Entri berikut menggunaan ganti nama 'aku'...

 

Semalaman mendengar keluh kesahmu, terkadang ada air mata yang bergenang namun kau tahankan agar terselindung kelemahan yang kau agungkan selama ini. Sesekali rentak keluhan yang kau zahirkan kedengaran keras dan ada kala kau simpulkan dengan kata-kata menggoncang rasa. Kau tak redha teman...kau belum mampu melupakan dia yang sewenang-wenangnya meninggalkanmu bersama anak-anak. Kau masih ada hati dan sayang untuknya...


Dia tidak setia dalam bercinta. Dia curang dalam mengulit bahagia berumahtangga. Dia lalai dalam menyemai kasih dan sayang terhdap puteri puteramu. Apa lagi tanda kebaikan yang dia tinggalkan buatmu? Tidak ada, temanku. Tidak ada!! Malahan kau bertegang urat dikhalayak ramai, bertengkar di telefon dan kadangkala jeritan amarahmu kau hamburkan pada cahaya matamu yang tidak berdosa. Hentikanlah kemelut ini demi buah hati kesayanganmu itu. Mereka lebih memerlukan. Lepaskan dia yang curang. Lepaskan dia pergi...itu lebih baih dan berganda-ganda lebih membahagiakanmu...

Temanku,

Kau tabahkanlah hati. Satu kau lepaskan mungkin membawa seribu rahmat dan kemanisan yang kau tidak nampak. Buat apa kau simpan kesakitan itu berkurun lamanya sedangkan pelangi kasih sudah menanti di hadapanmu. Buatlah keputusan dengan bijak dan pilih jalan yang benar...kekadang mata kita buta menilai yang mana intan dan yang mana kaca...

Hentikanlah cerita sedihmu teman kerana di belakangmu aku turut bersedih. Aku kecewa dengan apa yang kau alami setelah pengorbanan demi pengorbanan kau lakukan. Aku mahu kau bahagia dan tersenyum manis seperti selalu. Seperti hari-hari yag kita lewati dahulu.




Senyumlah temanku kerana mentari esok masih bersinar...

Nota : 'Kau' di atas adalah teman rapat saya berbangsa Cina yang telah dianiaya dan didera fizikal dan mental oleh bekas suaminya. Saya doakan yang terbaik buat dia dan anak-anak. Semoga dia terus tabah.


p/s: Kecewa hari ini tak semestinya gerhana pada hari esok. Kekuatan dan ketabahan menjalani liku-liku kehidupan akan mendewasakan kita dan menjadi lebih baik dari semalam...~ aynora nur      

3 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.