Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

As-salam,

Sewaktu boring tak tau nak masak apa ketika dua tiga hari raya hari tu, kami adik beradik sepakat mengorbankan daging lembu yang banyak sebab beli konon nak makan setahun gamaknya...maka terhasillah resepi yang bukan di warisi temurun tetapi sempat dicedok dari otak en google...


Ini dia resepi yang telah dishortkan oleh kami lima beradik yang bukan sedaging dengan Hang Tuah...haha,

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

1. Daging yang dipotong nipis
2. Bawang putih 4 ulas dipotong nipis
3. 2 biji bawang besar dipotong bulat
4. Kunyit hidup ikut suka hati
5. 1 inci halia
6. Minyak masak
7. Kacang panjang seikat
8. Daun limau purut ikut citarasa
9. perisa yang dibenarkan...(kami pakai pak aji..)
10. 3 batang cili merah hidup sebagai hiasan
          Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan halia dikisar halus lalu digaulkan pada daging yang telah dipotong nipis. Perap setengah jam.
2. Goreng daging yang sudah diperap dengan minyak yang sederhana banyaknya. Goreng hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah yang telah dihiris.
4. Masukkan kacang panjang yang telah di potong dan daun limau purut.
5. Setelah secukup rasa, angkat dan hidangkan. 

Perhatian!!
Jangan tiru resepi ini kalau korang tak yakin, hihi...gurau aje...

yang kureng pandai memasak,
aynora nur 

3 comments:

  1. nampak macam sedap je.. :)

    daging dan kacang panjang..kombinasi terbaik :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 apa yang kita nampak tak sama kat tekak..hihi

    ReplyDelete
  3. wah sedapnye lauk ni :)
    Salam kenal, membalas ziarah :)
    ~504

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.