Sinopsis Drama Bersiri Runtun Qalbu di TV3

aynora nur | 21 September, 2012,5:17 AM |
Advertisement
As-salam,

Kalau korang ada masa terluang malam ini, saksikan tayangan drama bersiri terbaru dalam slot Zehra malam ini di TV3. Drama bertajuk Runtun Qalbu ini dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Kamal Adli sebagai watak utama menggantikan drama Naziha yang bersiaran sebelum ini.

SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU:

 

Runtun Qalbu mengisahkan Qalbu yang mana melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim).

Itulah minat Qalbu namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu (Shah Iskandar) yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

Apa yang disangkakan penonton adalah tidak sama sekali dengan apa yang akan dipersembahkan nanti.

Runtun Qalbu yang diterbitkan Excellent Pictures akan mula menemui penonton pada 21 September 2012 dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.


SENARAI PELAKON DRAMA BERSIRI RUNTUN QALBU


Kamal Adli sebagai Qalbu

Fasha Sandha sebagai Idayu

Shah Iskandar sebagai Kelabu

Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah

Shukri Yahya sebagai Bon Reen

Rahim sebagai Amy

Kaza sebagai Zaidi

Razak Ahmad sebagai Imam Musa

Rosnah Johari sebagai Rahimah

Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah


PENGARAH: Ahmad Khalid Ahmad Nadzri

PRODUKSI: Excellent Pictures

PENERBIT: Ahmad Idham

PENULIS SKRIP: Siti Jasmina

   
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Sinopsis Drama Bersiri Runtun Qalbu di TV3"

dah start mlm tadi, not bad jugak

paling x suka tgk cinta tiga segi ni......lama dh x spend masa tgk drama bersiri melayu ni...tp once dah tgk..cam rugi je kalau tinggal 1 episod kan???

betul tu intan, tapi jln cerita mcm berbeza..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top