Jangan Ambil Kesempatan Atas Kelemahan Orang Lain

Tudung kanak-kanak
As-salam,

Pernahkah kita terfikir yang sikap kita boleh membuatkan orang lain kecil hati. Ada kala kita tak perasan orang itu dalam kesusahan, kita pula sewenangnya ambil kesempatan. Masa itulah kita menangguk di air keruh, maknanya tahu orang susah kita cucuk supaya seseorang menjualkan barangan mereka seperti kereta, motor, rumah atatpun tanah pada harga murah. Bagi yang dalam kesusahan, korang jangan berseorangan menghadapi masalah ini. Minta pendapat dengan kawan-kawan tentang permasalahan yang ditanggung.

Ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk menghindari daripada ditipu oleh orang yang suka ambil kesempatan terhadap kita:

1) sentiasa berhati-hati
2) minta pendapat dari rakan terdekat
3) berbincang dengan ahli keluarga
4) menjauhkan diri daripada orang seperti itu
5) dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai
6) ambil tahu tentang urusan/urusniaga yang sedang dijalankan, dsb...

Mungkin ada cara yang lebih efisien yang korang, boleh sharekan kat ruangan komen ye...cara dan kaedah menghindari mungkin berbeza mengikut keadaan semasa.

>Ingatlah, langit tidak selalu cerah...<    

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.