Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Korean Time : Innocence Man a.k.a Nice Guy

As-salam,

Sebuah lagi drama korea terbaru yang mula ditayangkan di TV korea pada sekitar bulan September yg lepas. Drama Innocence Man ataupun juga dikenali Nice Guy pula sudah ditayangkan di negara kita sekitar awal bulan Oktober yg lalu di saluran Astro 391.

Plot

Mengisahkan Kang Ma-ru (dilakonkan oleh Song Joong-ki) seorang pelajar perubatan yang pintar dan rajin telah jatuh cinta separuh mati dengan  jirannya bernama Han Jae-hee (dilakonkan oleh Park Si-yeon), seorang wartawan televisyen. Ma-ru boleh dikategorikan sebagai teman lelaki yang disenangi oleh Jae-Hee dan sering menghabskan masa bersama. Tetapi, apabila keadaan menjadi sebaliknya dan bertambah buruk, dan Jae-hee mencari jalan untuk keluar dari kesusahannya, dia bertemu dengan seorang lelaki yang telah mengubah segalanya - iaitu seorang CEO yang kaya raya dan memberikannya kemewahan. Jadi, Jae-hee berpaling kasih dan meninggalkan Ma-ru, memilih wang daripada cinta yang murni. 

Kecurangan Jae-hee bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Ma-ru, tetapi juga mengubah keseluruhan hidup Ma-ru. Beberapa tahun kemudian, Ma-ru yang telah berumur 30 tahun dan bekerja sebagai pelayan bar dan gigolo, bukan lagi jadi 'budak baik" seperti sebelum ini. Dia kemudiannya bertemu dengan Seo Eun-gi ( dilakonkan oleh Moon Chae-won), seorang pewaris syarikat multinasional yang telah dilatih untuk mengambil alih syarikat konglomerat ayahnya. Eun-gi seorang yang dingin dan sangat berkira, penyelamat perniagaan dan dibesarkan oleh ayahnya agar tidak menunjukkan emosinya kepada sesiapa. Tetapi Ma-ru mendekatinya, dan Eun-gi jadi ingin tahu dan amat berminat tentang lelaki itu dan tidak boleh melupakannya.
Dan, bila Eun-gi hilang ingatan akibat satu kemalangan, Ma-ru cuba mengambil kesempatan dan menjadikan Eun-gi sebagai cara untuk membalas dendam. Eun-gi jatuh cinta dengan Ma-ru, tidak sedar yang dirinya dijadikan batu loncatan oleh Ma-ru untuk merebut kembali bekas kekasihnya, Jae-hee, yang kini telah menjadi ibu tiri Eun-gi.

  • Song Joong-ki as Kang Ma-ru
  • Moon Chae-won as Seo Eun-gi
  • Park Si-yeon as Han Jae-hee
 

Dengan hero2 dan heroine yang cantik dan segak, saya percaya drama Innocence Man bakal diminati oleh peminat drama korea di negara kita. Selamat menonton.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close