Korean Time! : Moon And Stars For You

aynora nur | 21 October, 2012,3:02 AM |
Advertisement
As-salam,

Ada satu drama korea yang sedang ditayangkan di saluran KBS (Astro 391) berjudul 'Moon and Stars For You'. Oleh kerana tayangan pada pukul 8.25 malam, jadi selalu saya 'miss' the series. Sebab pada waktu2 begitu ada banyak tayanyan kartun dan drama nelayu kat TV kita, so, saya mengalahlah. Tetapi jangan risau, drama ini diulang siaran pada waktu pagi sekitar jam 6.00 hingga 7.00 pagi. Pada waktu beginilah saya curi2 masa siapkan sarapan, anak nak ke sekolah dan kita nak pergi kerja...(umh...busy betul jadi suri kerja ni eh..)

Drama ini memang berkisarkan kekeluargaan dan bagaimana kita menghdapi cabaran dalam hidup. Dalam drama ini juga ditunjukkan dendam dan hasad dengki yang tidak berkesudahan boleh memakan diri.



Sinopsis:

Keluarga umpama syurga bagi kita. Hinggakan kita sanggup memetik bulan dan bintang untuk mereka. Dalam drama ini, sebuah keluarga, dimana ahli keluarga semuanya membawa haluan masing-masing kerana pelbagai konflik, hingga akhirnya mereka menyedari bahawa hanya keluarga sendiri yang dapat membantu antara satu sama lain dalam menghadapi kesukaran hidup.

Seo Jin Woo adalah seorang pakar bedah yang mengalami kesan trauma pada zaman kecilnya yang mengakibatkan phobia pada pembedahan. Han Chae Won pula bekerja dalam penyelidikan makanan dan sedang dilamun cinta dengan Jin Woo. Manakala Kyung Joo yang bercita-cita tinggi telah meninggalkan Jin Woo untuk memilih Min Hyuk. Bersama-sama mereka yang mencipta jalan cerita tentang cinta dan kebencian.

Pelakon yang terlibat: 


  • Jo Dong Hyuk sebagai Seo Jin Woo
  • Seo Ji Hye sebagai Han Chae Won
  • Go Se Won sebagai Han Min Hyuk
  • Moon Bo Ryung sebagai Cha Kyung Joo
  • Kim Young Chul sebagai Seo Man Ho
  • Ban Hyo Jung sebagai Kang Pil Soon
  • Kim Dong Yoon sebagai Seo Jin Goo

  • Tag : Korean Time
    Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
     
    loading...
    2 Komen untuk "Korean Time! : Moon And Stars For You"

    jom kita tengok sama2. saya suka dengan drama korea, tapi yg paling best tentulah 49 days...

    DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

    Buat Duit Blog
    Back To Top