Header Ads

Luahan : Beribu Sesalan ...


Advertisement
As-salam,

Entri berikut menggunakan kata ganti nama aku, kau dsb...

Kau dituduh perampas? Aku sungguh terkejut dengan apa yang menimpamu. Sungguh...bertahun mengikat silaturrahim bernama persahabatan, inilah berita tentangmu yang sungguh menyakitkan. Benarkah kawanku? Kau merampas sidia yang juga tunangan orang dari 'seseorang' yang bernama wanita? Tegarkah kau bertindak sebegitu? Dimana prinsip yang sama2 kita jalani dulu? Aku merasakan, wajarkah persahabatan ini diteruskan? Sungguh!! Aku tidak mahu percaya ini...

 

Lantas satu pertemuan kau aturkan denganku. Satu petang yang renyai, kita bersembang di McDonalds. Aku berstatus seorang ibu dan kau masih berseorangan...argh...sukarnya meramal masadepan kita sendiri, betulkah begitu? Satu persatu kau tegakkan hujah, sidia yang kau rampas adalah teman lelaki yang telah kau kenali sejak sekolah, sidia yang kau rampas adalah lelaki yang kau letak kepercayaan hinggakan kau berhabis untuk perniagaannya dan sidia yang kau rampas tentulah lelaki yang berjanji untuk melamar kau sebagai teman hidup? Sedangkan pertunangan dengan 'seseorang' baru menjangkau dua bulan...apalah sangat mahu dibanding dengan 12 tahun usia 'teman tapi mesra' kalian.

'Jadi, adilkah jika aku dituduh perampas tunangan orang??' - kau menentang pandangan mataku.
'Fikirlah secara waras dan matang.' - itu jawapanku.

Dan kau hanya terdiam selepas itu. Cuba kau renungi kejadian ini, lelaki itu tidak teguh hatinya teman, walau beribu alasan takkan mampu membasuh beribu sesalan yang sedang menggunung kini.



##Aku sekadar bintang yang jauh, kalau kau lihat aku masih berkelip-kelip, titiplah khabar tentang keputusanmu...aku menunggu.{aynora nur}     

2 comments:

  1. lelaki mcm tue mntk d jauhi lh ..

    ReplyDelete
  2. hmmmm..ptt hindari lelaki yg mcmni. xde prinsip, hati mudah goyah. huhuhu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.