Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Amalan Surah Yang Perlu Di Baca Ketika Hamil

Panduan amalan surah yang perlu dibaca ketika hamil. Kepada ibu-ibu atau wanita cantik (semua kaum Hawa cantik ya...) yang sedang hamil di luar sana, tahniah diucapkan buat anda. Pasti ia menjadi berita gembira buat seisi keluarga, betul tak? So, untuk menambah kebaikan yg sedia ada, saya kongsikan sedikit amalan bacaan surah2 terpilih yg bermanfaat buat ibu dan anak ketika tempoh kehamilan tersebut.

Amalan membaca surah tertentu ketika hamil adalah amalan yang harus amalkan oleh ibu hamil. Lagipun, memperbanyak membaca al Quran ketika hamil juga merupakan satu terapi kepada diri dan emosi ketika yang banyak diuji dalam tempoh kehamilan tersebut.

Panduan Amalan Surah Yang Perlu Di Baca Ketika Hamil

  • Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah At Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An Nahl - Untuk melahir anak yang berdisplin  
Semoga para ibu yang membaca entri ini mendapat manfaat daripadanya. Mulakan sekarang tak kiralah kandungan korang sudah hampir 9 bulan. Tidak ada istilah terlambat untuk mencapai kebaikan kerana ia lebih baik daripada tak buat langsung. Betul tak? Agree or not? Fikirkanlah..

##Ibu yang mengandung amat mustajab doanya... 

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close