Enter your keyword

23 October, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

As-salam,

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak."

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Kalimat di atas selalu kita dengar bila tiba musim haji. Secara automatik ingatan terarah kepada kota Mekah iaitu kota haram yang mana diharamkan didalamnya kita bermusuhan dan berbunuhan. Ingatan terhadap ayah bonda dan saudara mara yang hampir sebulan tidak ditemui. Rasa rindu dan sayu jangan cakaplah...curi-curi menangis menanggung kerinduan. Pada tahun 2010 saya juga merasai perkara yang sama, kedua ayah dan bonda pergi menunaikan haji berdua. Diiringi dengan doa dan kata semangat untuk terus tabah berkorban dijalanNya. Tetapi siapa sangka, yang kembali ke Malaysia hanya bonda tercinta, ayanda pula telah bersemadi di kota Mekah tanpa dapat di renung lagi redup matanya seperti setiap kali aidil adha menjelma. 

Sesungguhnya kita harus Redha...Janji Tuhan itu Pasti untuk umatnya...
Semoga roh allahyarham aman disana bersama-sama golongan solihin...

>SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN, SUDAHKAH ANDA BERKORBAN?<

4 comments:

  1. Awal nye awk dah but entri raya :) kesian awk takpe semoga ayah awak di tempatkan di tempat2 org yang beriman... :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.