Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Setiakah Kamu? Cara Menilai Kesetiaan Seseorang

Sudah berapa kali kamu curang dengan pasangan? Apakah perasaan kamu setelah tindakan tersebut? Suka, bangga ataupun kemudian menyesal. Ingat ya, pepatah melayu ada menulis, 'menyesal kemudian tiada gunanya'. Dan bagi kita yang dicurangi oleh pasangan, teman, sahabat dan sebagainya, apakah tindakan kita untuk mengesan hal tersebut daripada berulang?

Dalam zaman sekarang ini dimana media sosial mudah dicapai di hujung jari, kecurangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Setia atau tidak, terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau seseorang itu tidak setia, pasti ada masanya kecurangan itu akan terbongkar jua.

Gambar cara menilai kesetiaan

Cara-cara menilai kesetiaan seseorang 


1. Kenali kemahuannya


Kemahuan pasangan biasanya berbeza sewaktu ketika bergelar kekasih kemudiannya menjadi pasangan kita. Dari situ kita boleh tahu warna sebenar pasangan kita itu. Ketika ada perbezaan kemahuan dan sidia tidak mahu menyelesaikan bersama-sama, dari situ kita boleh simpulkan bahawa pasangan kita itu tidak setia ketika susah.

2. Percaya pada sahabat karibnya


Sahabat karib pasangan adalah orang paling sesuai untuk kita ketaui tentang sidia, kerana dia adalah gambaran pasangan kita. Maksudnya, ketika sahabat karib membela pasangan anda disaat dia melakukan kesalahan, dia juga akan ikut merasa bersalah dan memberikan jalan penyelesaian kepada hubungan anda. Ketika sahabat karibnya adalah gambaran manusia yang setia, kemungkinan besar pasangan anda juga adalah orang yang setia.


3. Periksa Handphone


Maksud saya adalah meminjam handphone pasangan adalah hal yang biasa. Jika di dalamnya tidak ada sms gadis lain, jangan terus percaya bahwa sidia itu setia. Jika anda berasa ada perubahan pada pasangan dan handphonenya tidak boleh disentuh, bererti ada sesuatu disebalik itu. Jika pasangan meletakkan handphonenya bersepah-sepah, tanpa rasa risau atau cuak, Insya'Allah pasangan kita itu setia.

4. Berikan suasana yang bertukar-ganti


Jangan selamanya berikan kebahagiaan, kadang-kadang ada juga situasi dimana kita harus memiliki saat-saat yang serius terutamanya ketika menyelesaikan masalah, dari itu kita dapat melihat apakah pasangan kita itu memilliki kesabaran di dalam keadaan atau mood kita yang berbeza-beza.

5. Ceritakan tentang bekas kekasihnya


Ketika anda bercerita tentang bekas kekasih pasangan dan pasangan kita mengelak untuk menemuinya lagi, seskali kita harus curiga juga. Mungkin sidia hanya berlakon di hadapan kita demi untuk menyenangkan perasaan kita. Tetapi jika sebaliknya sidia mengakui hubungan dengan bekas kekasihnya masih baik dan mengetahui kewujudan kita, Insya'Allah pasangan kita adalah orang yang setia. Mungkin sidia tidak sanggup untuk mengkhianati kita dan menghargai hubungan yang dibina dengan kita.

Ada banyak lagi cara untuk mengetahui apakah pasangan kita orang yang setia atau sebaliknya. Namun sesekali dalam sesebuah hubungan kita perlu ada perasaan saling mempercayai, jujur dan bertanggungjawab.

>Jangan bersedih jika sidia tidak setia, anggaplah korang tidak serasi bersama...<

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close