Header Ads

Resepi Sotong Masak Paprik


Advertisement
As-salam,

Apakah menu yang sedap dimasak hari ni? Atau nak cari yang simple? Saya ada satu resepi ringkas yang boleh korang cuba hari ini, dan yang penting bahan-bahannya amat ringkas. So, namanya resepi ringkas yang lazat...


Resepi Sotong Masak Paprik
Ehsan Google

Resepi Sotong Masak Paprik


Bahan-bahan:
  1. 1/2 kilo sotong putih
  2. 3 ulas bawang putih (dikisar)
  3. 1 biji bawang holland (bawang besar warna putih) (dikisar)
  4. 3 cm halia (dikisar)
  5. 250 gm cili kering (dikisar)
  6. 1 senduk sos tiram
  7. 1 senduk sos cili
  8. 500 ml air
  9. 2 helai daun limau
  10. sedikit daun ketumbar
  11. sedikit kacang panjang sebagai hiasan 
  12. sedikit garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa
Cara Memasak:
  1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya.
  2. Masukkan sos tiram dan juga air dan kacau hingga rata
  3. Masukkan sotong, daun limau purut, daun ketumbar dan kacang panjang. 
  4. Sedia dihidangkan dengan nasi putih yang masih panas... 
So, amacam puan2 sekalian. Ringkas tak? Marilah kita memasak sama2 untuk keluarga yang lebih harmoni.

>Untuk resepi yang lain, intai-intai kat sini ye..dibawah tajuk RESEPI<
Advertisement

3 comments:

  1. Ya Allah sedapnyer.. Pagi2 dah buat perut lapar.. hehehe :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya...............nak cubalah

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.