JOZAN mantap pada Minggu 1 Maharaja Lawak Mega 2012

As-salam,

Sudahkah korang bergelak sakan pada MLM Minggu 1 malam tadi ataupun korang sakit perut tahan ketawa melihatkan gelagat para peserta yang berjuang? Dalam bebanyak peserta, korang rasa siapa yang paling hot dan mantap? Mari kita review sikit tentang persembahan memberangsangkan mereka malam tadi...

1. JOZAN

Paling mantap malam tadi tentulah persembahan JOZAN yang memukau dan buat kita tak kering gusi. Tema mereka ala-ala tiru aksi artis dan mereka meniru aksi dan karakter AWIE yang juga terlibat sebagai salah seorang juri pada malam tadi. AWIE macam nak rak ketawa hinggakan mengalir air mata! Johan dan Zizan memang gabungan yang serasi dan mereka terus meletup pada episod 1!! Cayalah!!

2. BOBOI

Persembahan dia orang boleh tahan jugak dengan kemasukan ahli baru iaitu NABIL. BOBOI membawa tema kekeluargaan dan kisah kesinambungan mereka dari MLM 2011 di mana sebenarnya mereka bertiga adalah adik beradik satu bapa lain ibu! Tetapi saya rasa tema begini agak boring kerana kumpulan ini akan terikat dengan skop yang agak sempit dan perwatakan yg terhad! Mungkin untuk jadi juara agak susah! Tapi tak taulah kalau menggu seterusnya mereka tukar mood...haha

3. JAMBU

Kumpulan JAMBU agak teruk malam tadi dengan persembahan yang keluar-masuk-keluar-masuk, tiada tema dan berterabur! Setakat lawak kosong tak ada isi pun tak guna juga. Saya rasa mereka antara lawak otai yang glamor dalam MLM 2012 ni, tetapi keserasian mereka tidak digunakan dengan baik. Kalaulah mereka boleh meniru apa yang SEPAH buat...mesti best kan? Dan seperti ulasan saya KAT SINI, mereka antara kumpulan top 3 yang dapat undian tertinggi.

4. SHIRO

SHIRO baru menang Raja Lawak 2012 dan sokongan peminat pada kumplan mereka masih ada. Buktinya malam tadi, walaupun persembahan mereka tidak menjadi, peminat tetap bersorak untuk mereka. Bak kata juri NAJIP ALI, walaupun lawak tak sampai, peminat tetap sorak. Jadi beri yang terbaik dan pastikan persembahan SHIRO pada minggu-minggu seterusnya itu segah nama MLMEGAnya!


Untuk mengundi dan keputusan terkini, sila layari :  

http://www.astrogempak.com.my/mlm2012j/LamanUtama.aspx 


Seperti jangkaan saya, 4 peserta di atas menjadi TOP 4 daripada 11 peserta/kumpulan yang terlibat. Cuba korang intai jumlah undian terkini berikut:


Jadi, kepada kumpulan yang lain, jadikan persembahan JOZAN pada minggu 1 ini sebagai pembakar semangat untuk membuat persembahan yang lebih terisi, ada tema, ada perancangan dsb kerana korang adalah lambang MEGA Maharaja Lawak itu sendiri!

p/s: TAHNIAH JOZAN! Korang best!!


7 comments:

  1. jozan best ! jambu kadang kadang best , tapi lawak die ntah pape -.-

    ReplyDelete
  2. Minat jozan tapi malam td tak dpt tgk ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tk dpt tengok? Jgn risau, ada ulangannya..

      Delete
  3. hebatnya... mia tak tengok sebab takde astro.... huhuhu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.