Korean Time! : A Thousand Days' Promise

aynora nur | 05 November, 2012,8:29 PM |
Advertisement
As-salam,

Untuk peminat drama korea yang tak dapat saluran ASTRO ONE HD, kini anda dapat saksikan satu lagi drama menarik yang agak sedih di TV2 RTM. Waktu siaran sekitar jam 5:00 petang - 6:00 petang (Isnin-Rabu). Drama yang saya maksudkan adalah "A Thousand Day's Promise". 


 

A Thousand Days' Promise adalah sebuah drama korea sarat dengan kisah sedih tentang seorang wanita (Soo Ae) yang hilang ingatan dengan seorang lelaki penyayang (Kim Rae-won) yang sentiada berada di sisinya sepanjang masa.
   

 

Para pelakon :

Kim Rae Woon
Soo Ae
Lee Sang Woo
Jung Yoo Mi 

Sinopsis:

Lee Seo-yeon, menjalin hubungan rahsia dengan Park Ji-hyung, seorang arkitek yang sudah bertunang. Tetapi sebaik Seo-yeon tahu yang teman lelakinya hendak berkahwin dia memutuskan perhubungan mereka. Tanpa sempat bersedih, Seo-yeon dikejutkan pula dengan penyakit awal Alzheimer yang dikesan keatasnya. Bila Ji-hyung dapat tahu yang teman wanitanya sakit, dia serta merta memutuskan pertunangannya menjelang 2 hari tarikh perkahwinannya.

Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga dan Seo-yeon sendiri, Ji-hyung tidak mengalah. Akhirnya mereka berkahwin dan ji-hyung menjaga Seo-yeon dengan sepenuh hati. Mereka akhirnya dikurniakan dengan seorang bayi perempuan dan membawa kebahagiaan kepada mereka walaupun mereka tahu bila-bila masa kisah tragik sebuah kematian pasti datang menghampiri. 

>Antara yang sedang ditayangkan di siaran KBS ASTRO 391 adalah The Innocence man a.k.a Nice Guy<
Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Korean Time! : A Thousand Days' Promise"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top