Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kumpulan JAMBU Mula Menyengat Di Minggu Ke 2 Maharaja Lawak Mega 2012

As-salam,

Tentu korang dah faham serba sedikit format Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bila AC Mizal umumkan tiada penyingkiran hingga minggu ke 4. Bermakna dari minggu 1 - 3 dia orang safe dalam MLM. Setelah semua perserta membuat persembahan malam tadi, yang membawa tema kisah dari dua babak filem/drama, saya kongsikan sedikit pendapat saya tentang beberapa kumpulan yang bertanding.


Secara keseluruhan, semua kumpulan berjaya membawa tema yang ditetapkan, cuma adakala penonton langsung tidak ketawa dengan lawak yang ditunjukkan. Apakah sebabnya? Entahlah, lu fikirlah sendiri beb!! Haha...

1) JAMBU
Pada pendapat saya kumpulan ini outstanding malam tadi. Persembahan teratur, ikut tema, mendapat sorakan penonton, pujian daripada pengadil dan kita enjoy juga. Tetapi saya selalu tengok, kumpulan JAMBU jarang buat lawak yang banyak dialog, berbanding dengan kumpulan SEPAH dan JOZAN seperti di dalam Maharaja Lawak. Bagi saya, kadang-kadang orang bosan dengan teknik 'playsafe' kumpulan JAMBU, mungkin takut lupa skrp kut...tak taulah...

2) JOZAN
Tahniah buat JOZAN yang menang Best On-Screen Chemistry Awards dalam Anugerah Shouts! yang dibuat oleh TV8. Dan, Zizan juga menang Favourite TV Personality AwardsMengenai malam tadi, JOZAN memang tidak hampakan saya dan peminatnya yang lain kerana persembahan 2 babak dari drama/filem juga menjadi. Betul kata juri Najip Ali, mereka amat serasi dan confident level yang tinggi bila bersama di atas pentas. Jangan lupa pesanan juri ya JOZAN!!

3) SAYWHO
Antara yang menarik malam tadi adalah kumpulan SAYWHO dari Indonesia. Intro yang cantik, tema berkembang dari babak ke babak ditunjukkan dengan jelas, dialog yang menghiburkan dan unsur lawaknya ada umph!! Kepada kumpulan lain, jangan pandang ringan dengan kumpulan SAYWHO.

4) SHIRO
Sekali lagi saya berpendapat kumpulan SHIRO antara yang menyengat malam tadi. Dia orang cedok babak dari drama Tanah Kubur kemudian masukkan dialog yang lawak dan penuh sindiran. Kalau bab ini, serahkan pada shahrul, dia memang terror. Cuba korang tengok, bukan main shahrul tiru watak abang Nasir Bilal Khan, sebiji menjadi. Tahniah SHIRO!

Yang lain-lain, saya rasa setakat dua tiga kali aje orang ketawa, kemudian ada yang tak tahu pun punch line kat mana, tak tau nak gelak ke sedih...Oooh, jangan mare, ini hanya pendapat peribadi saya.

p/s: Jangkaan saya untuk 3 yang terbawah betullah...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close