Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ramalan Keputusan Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 2

As-salam,

Nampaknya JOZAN masih unggul di tangga pertama carta MLM sehingga malam tadi (23/11/2012). Apabila malam nanti JOZAN bertarung lagi, adakah mereka akan semantap minggu pertama minggu lepas? Apakah dia orang lebih berbisa? Ataupun, semangat lawan mereka jadi lemah kerana saingan daripada BOBOI yang tampil bertiga. Iyalah...bertiga tentulah dapat jana idea lebih bernas dan lawak berbanding dengan JOZAN yang hanya berdua? Betul tak? Apa pendapat korang?

Bagaimana pula dengan JAMBU? Saya harap sangat mereka dapat cipta lawak jenaka yang bermutu dan lebih teratur. Semoga JAMBU yang juga dianggap antara pelawak otai dalam persaingan MLM 2012 lebih bersedia mental dan fizikal dalam pertandingan yang berbentuk mega ini!'

Jangan dilupakan juga saingan daripada SHIRO dan SABON. Sebabnya, saya melihat SABON ada potensi kerana lawak mereka penuh tema!

Pada pandangan korang dan pembaca sekalian, kalau dicongak2, manakah kumpulan yang tersingkir pada malam nanti? Untuk rujukan, kumpulan terkebawah bertukar2 tempat antara PIMAI, R2 dan juga DADIDU...

So...kita tunggu siapa yang terkeluar malam ini...


p/s: Siapa yang tak lawak, merekalah yang terkeluar, bukannya pilik kasih ikut kepopularan...
   

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Seandainya nak share, amat dialu alukan.. Semoga ianya bermanfaat kepada saya, tuan dan juga agama kita...

    http://azmengs.blogspot.com/2012/11/wajib-baca-mengapa-yahudi-menggali.html

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close