Header Ads

SPM - Peperiksaan Kehidupan


Advertisement
 

Hari ini bermula
perjuangan bukan hidup ataupun mati
bukan pemula langkah berani
tetapi kamu kena berhati-hati hadapi apa itu perjuangan
dan jangan tewas di pertempuran di atas kertas putih

Adik-adikku...
Kalau kamu merasa penat sekarang
ingatlah pada orang tua dan jasa guru-guru
mereka tidak lelah membimbingmu di bawah bahang mentari
pada panas hawa bilik darjah
yang kadangkala mendaki beratus anak tangga
demi melihat wajah mulus kamu adik-adikku...

Nanti jika kamu keluar dari medan pertempuran itu
katakan pada jawapan yang kamu telah pahatkan
bahawa inilah saja masa kamu serius
bukan lagi saat main-main ataupun mempermainkan
ilmu yang dikendung selama 730 hari!

Medan perang ini bukanlah tempatnya untuk kamu tewas!

##Nota semangat untuk adik-adik/ blogger-blogger yang menduduki peperiksaan SPM mulai hari ini...



2 comments:

  1. yeah sy baru amek taon lepas..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck, teruskan perjuangan ke menara gading.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.