Header Ads

Hadiah Saguhati Pertandingan Mengarang Surat 1Malaysia


Advertisement
As-salam,

HERO saya mendapat durian runtuh lagi. Selepas kejayaan mendapat 5A dalam UPSR dia, dia mendapat hadiah SAMSUNG GALAXY TAB II daripada pak ciknya. Dan semalam, poslaju hantar bungkusan besar atas nama HERO saya.



Penganjur Pertandingan



Rupa-rupanya dia mendapat hadiah saguhati pertandingan mengarang surat 1Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pos Malaysia berhad. Isi sampul surat itu adalah:

1) Cek kemenangan bernilai RM200-00
2) Album setem yang tebal mungkin berharga RM60++
3) Bekalan setem bernilai RM1.00 yang banyak, mungkin untuk 100 keping surat dan lebih..
4) Sijil penganugerahan yang ditandatangani oleh Menteri SKMM, YB Dato Seri Utama Rais Yatim.


Mungkin dia tiada bakat penulisan kreatif macam saya (hihi...) tetapi dia pandai karang rencana. Lebih straight forward katanya. Jangan tak caya, sepanjang belajar darjah 6, hanya 2 kali dia dapat A untuk subjek Bahasa Melayu Kefahaman. Inilah dikatakan sudah rezeki dia...

p/s: Walau apapun. sebagai seorang ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya...


4 comments:

  1. Wow, tahniah.. saya pun ada join pertandingan tersebut tapi tak menang.. :'(

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Tumpang gembira. Bestnyer dia dpt Galaxy Tab II.
    Sy dpt first class honour dlm degree baru2 ni pun tak dpt apa2..Hehe.

    ReplyDelete
  3. congrats my dear Naqib,
    wahh..kl tak tumpah kuah ke nasi, ke mana lagi kan..hehhe..

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Semoga kejayaan sentiasa berulang pada masa akan datang.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.