Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hadiah UPSR 5A | Samsung Galaxy Tab II

As-salam,

Mungkin kita tak berapa teruja dapat gadget SAMSUNG GALAXY TAB II berwarna putih ini, tetapi bagi HERO saya yang baru mendapat keputusan UPSRnya, ini mungkin satu hadiah yang tak ternilai dari seseorang yang terdekat dengannya.

Yang sungguh mengujakan adalah hadiah tersebut bukan daripada saya ataupun ayahnya tetapi daripada pakciknya yang dipanggil Pak Ngah. Kami hanya membukakan akaun simpanan untuknya dengan nilai permulaan RM1,000. Itu adalah hadiah motivasi daripada kami. Tetapi sungguh tak disangka, sungguh generous pak ngah dia! Bertuah sungguh nasib badan...

Pakej hadiah termasuklah maxis broadband siap didaftarkan sekali dengan cover Galaxy Tab berwarna merah. Cun betul. Tetapi jika dia masuk ke asrama awal tahun depan, alamat saya ataupun ayahnya lah jolly katak dengan Galaxy Tab dia ni, hihi..
 
Cover case untuk Galaxy Tab II

Walau apapun, saya tegaskan pada HERO saya,
"hadiah bukan segalanya, juga bukan tandanya kita materialistik. Tetapi ia adalah titik motivasi untuk diri sendiri agar terus bekerja keras untuk mencapai impian yang dicita-citakan."

Daripada kami, yang diharapkan adalah semoga HERO kami ini menjadi anak yang pintar, cerdas, bijak dan berani, menjadi insan yang warak, dan pemimpin yang adil. Insya'Allah. 

p/s: Rezeki untuk dia, semoga sentiasa cemerlang di dunia dan di Akhirat.

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. semoaga dia terus berjaya kelak sebab alam persekolahan dengan alam universiti berlainan.. tetapi kalau dari awal lagi dah pupuk sikap rajin mengejar ilmu dari sekolah lagi.. Tak ada masalah untuk berjaya.

    ReplyDelete
  2. semoga hero akak terus berjaya di masa akan datang dan tak putus semangat untuk berusaha lebih gigih lagi...

    *wah... untunglah dapat samsung galaxy tab II... generous pak ngahnya...tapi untung lagi la mak dan abahnya sebab boleh jolly katak ngan tab tu bila hero dapat masuk asrama...

    ReplyDelete
  3. Ala... Mak ayah kakak dan yg lain2 tu beli kain la tab kalo teringin... Kesian kat dia sbb dia dpt hsil usaha gigih... :'(

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close