Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Korean Time! : The Great Seer

As-salam,

Sekarang ini saya sedang tonton drama korea yang bertajuk 'The Great Seer'. Dalam cerita ini ada 4 hero @ watak utama dimana ada watak yg jahat, baik, dsb.


Waktu tayangan di Astro ONE HD pada pukul 8:55 petang, ambil banner dari onetvasia.com



The Great Seer adalah cerita tentang bagaimana seorang General, Yi Seong-gye (Ji Jin-hee) merancang untuk memusnahkan dinasti Goryeo dan membangunkan dinasti Joseon, dengan bantuan penasihatnya yang bernama Ji-sang (Ji Sung). 
Ia adalah sebuah drama sejarah yang berlaku sekitar pergolakan tentang pembahagian kuasa dan kuasa yang mereka ada terhadap sesebuah negara. Dibintangi oleh Ji Sung (Protect the Boss), Ji Jin-hee (Yes, Captain), Song Chang-ui dan Kim So Yeon (Dr. Champ).



The Great Seer-p1.jpg 

Plot Drama Korea The Great Seer


The Great Seer bermula semasa pemerintahan Raja Gongmin (Ryu Tae-joon). Walaupun kebanyakan cerita tentang Seers (tukang ramal yang hebat), dimana drama ini kurang fantasi tetapi lebih kepada perubahan politik dan orang disekitarnya yang bertindak sebagai penasihat, penganggu politik dan juga tentang mengawal raja. Ji Jin-hee memegang peranan sebagai Yi Seong-gye, adalah seorang jeneral yang mengetuai penggulingan dinasti Goryeo dan membangunkan dinasti Joseon  dan terus menjadi raja yang pertama.

Manakala, Mok Ji-sang (Ji Sung) adalah seorang peramal yang hebat, dilahirkan dengan kebolehan meramal masa lalu dan masa depan seseorang. Ada pula yang percaya yang beliau mempunyai kuasa mistik dan dikuasai oleh hantu-hantu. Apabila dia semakin uzur pada era akhir dinasti Goryeo, dia menjadi seorang sarjana pembahagi kuasa, dan meramal geografi, wajah manusia dan meramal masa depan seseorang. Secara tidak sengaja akhirnya dia menjadi 'king-maker', yang menjadi kunci utama perubahan politik di dalam dinasti Goryeo dan membangunkan dinasti Joseon bila dia menyokong Jeneral Yi dan membentuk Korea secara efektif.


p/s: Mari kita saksikan drama hebat ini yang masih ditayangkan di saluran 393 ONE HD.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close