Enter your keyword

26 December, 2012

Rahsia Tarikh Lahir Bulan Julai

As-salam,

Bilakah tarikh anda dilahirkan? Dan apakah bulan kelahiran anda? Artikel kali ini membariskan personaliti kita yang dilahirkan dalam bulan Julai. Antara ciri-cirinya adalah rajin dalam membuat kerja. Saya ada beberapa orang ahli keluarga yang dilahirkan dalam bulan ini, dan mengikut pemerhatian saya, memang benar  dia orang sangat rajin membuat kerja-kerja rumah terutamanya bab-bab memasak. Untuk anda yang lain, saya doakan anda dapat personaliti yang baik-baik di bawah ni ya...



Rahsia Bulan Kelahiran - Bulan Julai


  1. Sangat suka didamping. 
  2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
  3. Agak pendiam kecuali dirangsang. 
  4. Ada harga dan maruah diri. 
  5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
  6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
  7. Sangat menjaga hati orang lain. 
  8. Sangat peramah. 
  9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
  10. Berjiwa sentimental. 
  11. Jarang berdendam. 
  12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
  13. Tidak suka benda remeh-temeh. 
  14. Membimbing cara fizikal dan mental. 
  15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
  16. Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
  17. Tinggi daya simpati. 
  18. Pemerhatian yang tajam. 
  19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
  20. Mudah dan rajin belajar. 
  21. Suka muhasabah diri. 
  22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
  23. Suka mendiamkan diri. 
  24. Suka duduk di rumah. 
  25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
  26. Tidak agresif kecuali terpaksa. 
  27. Lemah dari segi kesihatan perut. 
  28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
  29. Minta disayangi. 
  30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
  31. Terlalu mengambil berat. 
  32. Rajin dalam membuat kerja 

Sudah selesai membaca? Ada yang terkena? Apakah korang terasa? Janganlah macam itu, ini hanya sekadar perkongsian. Ingatlah, kita dilahirkan ibarat kain putih...fikirkanlah!

p/s: Untuk item no 28, jom kita berdiet sama-sama...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.