Akhirnya Terpaksa Melepaskan...

aynora nur | 16 January, 2013,8:14 AM |
Advertisement
As-salam,

Seharian penat berkejar ke sana kemari, sesi pendaftaran, bayaran yuran, bertemu guru penasihat, sesi mencari bilik asrama dan akhirnya membantu mengemas dan menyusun baju ke dalam almari, hampir pukul 5 petang siap semuanya...kami terpaksa berpisah. Akhirnya kami melepaskan anak kami yang tercinta ke tangan para pendidik yang dedikasi untuk membimbing anak kami menjadi insan yang baik akhlak, bijaksana dan menjadi pemimpin masa depan dalam bidang yang diminatinya.


Gambar HERO BESAR kami ketika kecil..

Akhirnya HERO BESAR saya yang menginjak usia 13 tahun selamat kami tinggalkan di MRSM untuk dia mengejar cita-citanya. Alhamdulillah...urusan seharian berjalan lancar. Rentetan perjalanan hidupnya begitu indah seperti yang saya pernah catatkan,
Dalam perjalanan pulang, masing-masing tidak berkata, mungkin kerana sedih berpisah dengan HERO hati yang telah bersama kami selama 13 tahun. Encik Suami mengakui sedih melepaskan anaknya pada usia yang masih muda manakala saya hanya menangis dalam hati. Sedih memanglah sedih...tetap control.....

Catatan masa depan untuk anakku....
Dari usia kecil seawal umur 4 tahun kamu telah bertekad untuk menjadi seorang doktor. Sejak itu kamu tidak berganjak dengan cita-citamu. Apa saja pencapaian cemerlang dan luar dugaan telah kamu kecapi, tetapi ingatlah anakku, inilah langkah panjang kamu yang sebenar kerana selepas ini segala gifted dan kepandaian mu bukan lagi sekadar nasib baik tetapi kamu lah yang menentukan langkah dan hala tuju sebenar kehidupanmu. Tanpa kami ibu dan bapamu, kamu terajuilah hidup kamu dengan IMAN & ILMU...

Silakan anakku orakkan langkah dan menjadi kamu yang sebenar, bukan lagi di belakang bayang-bayang ibu dan bapamu...



p/s: Terfikir-fikir juga, apakah yang dia rasa apabila ditinggalkan sendirian begitu?
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
11 Komen untuk "Akhirnya Terpaksa Melepaskan..."

semoga dia dapat mngejar cta cita diaa ^^

terima kasih farhana...kita doakan yg baik2 saja

assalamualaikum aynora....sedihkan terpaksa berpisah sementara...:)

teringat pengalaman masa mula2 masuk ke tingkatan 1 di SMKA. Minggu pertama adalah minggu paling sukar kerana baru mula belajar menyesuaikan diri dengan kawan2, cikgu, sekolah & terpisah dengan keluarga.

memang sedih mas zull..tapi simpan dihati

betul ciklaili, pagi tadi 5:43am dia dah call, tanya nak pakai baju apa untuk minggu orientasi..dia buat mcm kat rumah pulak..hihi

Mesti diapun sedih...xpelah demi masa depan. Semoga berjaya kelak d dunia & akhirat

mungkin dia pendam dlm hati, depan kami tak tunjuk kesedihan tersebut..

smoga die cpai cita2nyer dan mmpu mebhagikan ibu bapanyer

AlHamdulillah. Tahniah ats nikmat kejayaan yang dicapai oleh akak sekeluarga. Sangat Bahagia dan bersyukur dengan khabar gembira ini.

t/kasih nur Imans, insyallah ini semua adalah kejayaan untuk kita semua.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top