Doa Dan Adab Ketika Makan

As-salam,

Perkara yang nak saya kongsikan mungkin dianggap remeh bagi semua orang kerana ia perkara yang kita lakukan sehari-hari. Tetapi jika perkara remeh yang silap tidak diperbetulkan boleh merosakkan umat dan kelakuan kita juga. Untuk panduan dan sebagai peringatan untuk diri sendiri, saya kongsikan doa makan dan adab-adab ketika makan.



DOA KETIKA HENDAK MAKAN



DOA SELEPAS MAKAN




ANTARA ADAB-ADAB MAKAN 

  1. Membasuh tangan sebelum makan.
  2. Membaca Bismillah...
  3. Memulakan dengan bacaan doa ringkas atau panjang ...terpulang
  4. Makan dan minum dengan tangan kanan
  5. Mengambil makanan yang dekat dengan kita terlebih dahulu
  6. Mula makan makanan yang ditepi pinggan terlebih dahulu
  7. Duduk dengan tertib ketika makan
  8. Tidak berbual-bual ketika makan, apabila mulut penuh dengan makanan 
  9. Berhenti makan sebelum kenyang - tidak makan terlalu banyak
  10. Membaca doa selepas makan
  11. Membasuh tangan dengan sabun selepas makan
  12. Mengemaskan meja makan 
  13. Menolong membantu mencuci pinggan mangkuk 

Oleh sebab itu kita digalakkan melakukan yang Sunnah dan meninggalkan yang tidak elok untuk kebaikan kita sendiri. Setiap larangan ataupun perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan haruslah ada sebab dan akibatnya. Pilihlah amalan yang menyenangkan diri sendiri. Kita punya akal, berfikir dahulu sebelum bertindak...


p/s: Sebenarnya benda yang mudah menjadi sukar apabila kita melentur buluh berbanding bermula daripada rebungnya... 
   

4 comments:

  1. Replies
    1. Nour, yang baik @ yang kurang baik? hihi..

      Delete
  2. Kalau yang bab tolong kemas dapur, basuh pinggan semua tu selalu jatuh pada orang perempuan je padahal yang nie lah yang masak yang nie lah jugak kena kemas semua tu. Huhu. kalau semua orang ikut adab nie kan lagi elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong dengan luahan fifie tu, orang lelaki patut lebih bertimbangrasa..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.