Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 2

aynora nur | 31 January, 2013,6:12 PM |
Advertisement

As-salam,

Sebagai sambungan kepada artikel Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 1, di sini saya kongsikan doa doa asmaul husna 99 nama Allah. Semoga perkongsian ini menambahkan himpunan doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Ya Allah, ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki.
  • Ya Allah, ya Fattah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesulitan kami.
  • Ya Allah, ya A’liem, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Engkau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Engkau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Engkau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jaugkanlah dari kami apa-apa yang Engkau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.
  • Ya Allah, ya Qabidh, wahai Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah segala keburukan yang ada pada kami, dan janganlah Engkau cabut nikmat yang Engkau telah berikan kepada kami lantaran daripada kelalaian dan kesilapan kami, sesungguhnya akan binasalah kami tanpa nikmat daripada-Mu. Sebaliknya Engkau cabutkan sahaja kekuasaan yang ada pada musuh kami .
  • Ya Allah, ya Basith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.
  • Ya Allah, ya Khafidh, wahai Tuhan yang Maha Menjatuhkan, Engkau akan menjatuhkan siapa yang Engkau kehendaki, maka jatuhkan mereka yang memusuhi kami, jatuhkanlah mereka yang berniat mengkhianati kami, Engkaulah maha segala-galanya dan kami tidak ada kuasa dan upaya.
  • Ya Allah, ya Rafi’, wahai Tuhan yang Maha Mengangkat, angkaylah darjat kami disisi-Mu, angkatlah darjat kami di dunia dan juga di akirat. Angkatlah darjat kami di sisi mereka yang menghina kami.
  • Ya Allah, ya Mu’iz, wahai Tuhan yang Maha Memuliakan, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, maka muliakanlah kami di dunia dan akhirat, muliakanlah kami di sisi mereka yang memandang rendah kepada kami. Kalau tidak kepada-Mu, kepada siap lagi hendak kami berserah diri.
  • Ya Allah, ya Mudzil, wahai Tuhan yang Maha Penghina, tidak akan mulia orang yang Engkau hina dan tidak akan hina orang yang Engkau muliakan, maka kepada-Mulah tempat kami menaruh pengharapan kami, sesungguhnya Engkau tidak akan mensia-siakan kami, janganlah Engkau masukkan kami di kalangan mereka yang hina.
  • Ya Allah, ya Sami’, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Engkau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.
  • Ya Allah, ya Basir, wahai Tuhan Maha melihat, Engkau melihat siang dan malam, Engkau melihat gelap dan terang, kepada-Mulah kami menyerahkan diri kami, kami lemah tanpa penglihatan-Mu, Engkau dengarkanlah untuk kami apa yang baik untuk kami, Engkau lihatkan untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami, siang dan malam, gelap dan terang.
  • Ya Allah, ya Hakam, wahai Tuhan yang Maha Penentu Hukum, segala hokum-hukum-Mu adalah yang paling adil, hukumkan yang baik untuk kami, dan hukumkanlah yang sebaliknya untuk mereka yang berniat jahat kepada kami. Engkaulah yang Maha Menghukum, dan hukuman-mu adalah dahsyat, jauhkanlah kami daripada mendapatkan hukuman yang buruk daripada-Mu.
  • Ya Allah, ya A’dl, wahai Tuhan yang Maha Adil, tidak ada yang lebih Adil daripada-Mu, kepada Keadilan-Mu kami beriman, jadikanlah kami orang yang adil, jadikanlah kami ibu/bapa yang adil, jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa bersikap adil.
  • Ya Allah, ya Latif, wahai Tuhan yang Maha Lembut, lembutkanlah kami, lembutkanlah hati kami, lembutkanlah hati fulan bin fulan (sebutkan nama) terhadap kami.
  • Ya Allah, ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.
  • Ya Allah, Ya Halim, wahai Tuhan yang Maha Penyantun, layanilah kami dengan kesantunan-Mu, kami berlindung diri dengan-Mu daripada segala kekerasan-Mu.
  • Ya Allah, ya A’zim, wahai Tuhan yang Maha Agung, Engkaulah yang paling agung, tidak ada yang lebih agung daripada-Mu, bantulah kami daripada segala pemimpin dan penguasa yang zalim, Engkaulah maha segala-galanya.
  • Ya Allah, ya Ghafur, wahai Tuhan yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, tukarkan kejahatan kami yang lalu dengan kebaikan. Hapuskanlah segala dosa-dosa kami, Kami berharap agar dapat mati dengan keadaan tida dosa ya Allah, sesungguhnya azab-Mu menanti mereka yang berdosa.
  • Ya Allah, ya Syakur, wahai Tuhan yang Maha Menghargai segala amalan kebaikan hamba-Nya, tatkala manusia tidak menghargai segala usaha kebaikan kami kepada mereka, maka Engkau hargailah segala kebaikan amalan kami, Engkaulah yang mengetahui akan kesungguhan kami, janganlah Engkau sia-siakan segala amalan kami, kami sedar amalan kami terlalu banyak cacat dan kekkurangannya, maka dengan nama-Mu ini kami bermohon semoga Engkau terima segala amalan-amalan kami.
  • Ya Allah, ya A’liy, wahai Tuhan Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi kedudukannya melainkan hanya Engkau, maka tinggikanlah juga kami dalam penghidupan ini dan janganlah Engkau merendahkan kami.
Tag : Himpunan Doa
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 2"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top