Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Bersiri Sehangat Asmara Daripada Novel Aisya Sofea

As-salam,

Drama bersiri Adam & Hawa sudahpun melabuhkan tirainya. Semua orang berpuashati dengan endingnya. Kalau sad ending, mesti ramai yang menyumpah dan marah-marah. Itulah realitinya drama melayu kita. Masyarakat kita masih lagi terikat dengan fikiran biasa yang mana kehidupan akan sentiasa berakhir dengan gembira...itulah lumrah.

Sekali lagi sebuah novel terkenal yang ditulis oleh seorang novelis popular akan diterbitkan. Kali ini novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea sekali lagi diangkat kepada drama bersiri dengan menggunakan tajuk yang sama. Para pelakon yang terlibat dalam Sehangat Asmara antaranya Adi Putra & Rita Rudaini. 



        

Tentu ada yang dah baca novel Sehangat Asmara ni kan? Dan saya adalah antara beribu peminat novel ini. Supaya kita tak lupa, mari tengok sinopsis drama Sehangat Asmara daripada novel Aisya Sofea. 


Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

Maklumat lanjut:

  • Drama Sehangat Asmara arahan Feroz Kader
  • Sehangat Asmara merupakan adaptasi novel karya Aisya Sofea. 
  • Antara pelakon drama Sehangat Asmara ialah Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena. 
  • Drama bersiri 33 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui anda semua di Astro Mustika HD, saluran 134. 
  • Drama Sehangat Asmara akan mula disiarkan pada 21 Januari 2013, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. 

p/s: Mari kita menonton bersama-sama keluarga, semoga banyak manfaat yang boleh kita perolehi bersama.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close