Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit

Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit - Madu lebah memiliki khasiat yang tersendiri dan ia merupakan bahan semulajadi yang dapat mengubati pelbagai penyakit. Dalam sebuah buku bernama Tib an-Nabawi, Ibnu Wayyim al-Jauzi memetik hadis Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda, maksudnya:
 "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara iaitu madu lebah dan al-Quran."

Dan lagi, mengikut kajian ramai doktor, madu lebah mengandungi beberapa vitamin dan zat galian penting. Antara yang telah disahkan dalam madu lebah mengandungi vitamin A, B-Complex, Vitamin C & E dan juga zat galian seperti kalsium, sulphur, fosforus, zat besi, karbon, magnasium, naterium,kalium, klorin, iodin, kufrum dan silica.


 

Bahan-han yang terdapat di dalam madu lebah seperti dinyatakan tadi bertindak sebagai:

  • Makanan yang bernilai tinggi
  • Makanan penjagaan kesihatan
  • Ubat kepada pelbagai penyakit


Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit


Dalam kitab Tib an-Nabawi tadi juga dinyatakan tujuh (7) keistimewaan madu lebah, antaranya:

  1. Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman
  2. Ia mudah dan cepat disimilasikan oleh badan
  3. Ia membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
  4. Ia dapat membantu memulihkan tenaga ahli sukan yang menggunakan tenaga dengan banyak dan cepat berasa letih
  5. Gula dalam madu lebah mudah serasi dan dikendalikan oleh buah pinggang
  6. Ia mempunyai kesan laxative yang asli secara tabi'i bagi pelawasan buang air besar
  7. Ia amat berkesan bagi menenangkan badan dan akal

Kalau difikirkan secara logik, madu lebah memang boleh dicampurkan dengan apa saja masakan dan minuman dan ia merupakan pelengkap kepada segala jenis makanan. Ia boleh dicampur bersama ubat, boleh bercampur dalam adunan dan sebagainya.


P/s: Istimewanya madu lebah hinggakan ia berperanan sebagai ubat kepada segala jenis penyakit.
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close